Peniaga Pasar Besar Ipoh buat persiapan awal, elak ‘raya mengejut’

IPOH – Peniaga daging, santan dan ayam khususnya telah menyediakan bekalan yang cukup lebih awal supaya pembeli dapat membuat persiapan rapi bagi mengelakkan kekalutan saat akhir sekiranya berlaku ‘raya mengejut’ pada tahun ini.

Peniaga santan, Zurina Ahmad, 52, generasi kedua yang mewarisi perniagaan ibunya, Kak Mah Santan bersama adik beradiknya berkata, seperti tahun-tahun sebelumnya sambutan pelanggan tetap tinggi menjelang perayaan.

Peniaga Pasar Besar Ipoh buat persiapan awal, elak ‘raya mengejut’
Peniaga santan, Zurina Ahmad, 52, ketika temubual bersama MalaysiaGazette di Pasar Besar Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 MAC 2026.

Menurutnya, gerainya akan menghabiskan kelapa sedia ada untuk menampung keperluan orang ramai yang menggunakan santan dalam masakan sempena Aidilfitri ini.

“Hari ini kita jual santan RM11 sekilogram (kg) lebih murah daripada harga kawalan iaitu RM16, kita belanja pelanggan. Jumlah (santan) kami jual hari ini lebih kurang 600 kg daripada lebih 3,000 biji kelapa.

“Orang ramai rasa Jumaat kita raya, jadi mereka sudah kelam kabut membeli santan di sini,” katanya ketika ditemui di Pasar Besar Ipoh, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perak pada Khamis.

Peniaga Pasar Besar Ipoh buat persiapan awal, elak ‘raya mengejut’
Para peniaga tidak menang tangan apabila orang ramai mula membeli santan segar sebagai persiapan terakhir menjelang Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan MalaysiaGazette di Pasar Besar Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 MAC 2026.

Anak ketiga daripada enam adik beradik itu berkata, selain santan, permintaan terhadap kerisik juga meningkat setiap kali musim perayaan.

“Ahamdulillah kalau hari perayaan kerisik memang laku dan terpaksa buat berlebihan. Kita jual RM25 kg, tapi kita juga jual ikut gram RM10, RM5 ikut kemampuan ikut kehendak pelanggan,” ujarnya yang memaklumkan perniagaan santan tersebut telah beroperasi selama 40 tahun.

Peniaga Pasar Besar Ipoh buat persiapan awal, elak ‘raya mengejut’
Para peniaga tidak menang tangan apabila orang ramai mula membeli santan segar sebagai persiapan terakhir menjelang Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan MalaysiaGazette di Pasar Besar Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 MAC 2026.

Dalam pada itu, peniaga daging, Mustaqim Sefpee, 22, dari Mustaqim Enterprise yang telah beroperasi lebih 20 tahun, berkata permintaan terhadap daging segar dan daging import turut meningkat.

“Untuk sehari jualan daging tempatan sehari lima ekor dengan seekor lembu boleh dapat kira-kira 200 kg daging manakala daging import pula sebanyak 1,400 kg.

Peniaga Pasar Besar Ipoh buat persiapan awal, elak ‘raya mengejut’
Peniaga daging, Mustaqim Sefpee, 22, ketika temubual bersama MalaysiaGazette di Pasar Besar Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 MAC 2026.

“Dari segi harga, daging tempatan RM38 kg, daging import RM26 kg dan daging import India RM20.80.

“Saya lihat orang ramai sudah mula membeli barangan keperluan memasak hari ini dengan semalam malah seminggu sebelum raya juga mereka telah berbuat demikian.

“Mungkin mereka takut raya mengejut, jadi mereka beli siap-siap standby. Kita pun tak tahu raya Jumaat atau Sabtu. Kami sebagai peniaga pun jadi kelam kabut,” jelasnya.

Peniaga Pasar Besar Ipoh buat persiapan awal, elak ‘raya mengejut’
Peniaga ayam, Zaini Shaari, 57, tidak menang tangan apabila orang ramai mula membeli daging segar sebagai persiapan terakhir menjelang Hari Raya Aidilfitri ketika tinjauan MalaysiaGazette di Pasar Besar Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 MAC 2026.

Sementara itu, seorang lagi peniaga, Zaini Shaari, 57, yang telah 23 tahun berniaga ayam berkata, jualan menunjukkan peningkatan ketara dalam tempoh dua hari terakhir.

“Semalam 150 ekor ayamg terjual dan hari ini 200 ekor. Alhamdulillah jualan ada keuntungan. Ramai beli awal sejak semalam,” katanya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Peniaga lega jualan baju raya masih dapat sambutan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI