Peniaga Pasar Kamunting rayu kerajaan negeri campur tangan isu pengurusan baru

IPOH – Para peniaga di Pasar Kamunting, Taiping merayu agar Kerajaan Negeri Perak memberi perhatian terhadap isu yang timbul susulan pengambilalihan pengurusan pasar itu oleh sebuah kelab kebajikan kesihatan mulai 1 April lalu.

Wakil peniaga, Muhammad Firdaus Mustafa, 26, mendakwa antara isu utama yang membimbangkan peniaga ialah cadangan pihak pengurusan untuk menetapkan kuota 50 peratus peniaga Melayu dan 50 peratus kepada kaum lain.

Menurutnya, sekiranya cadangan itu dilaksanakan, ia akan menjejaskan majoriti peniaga Melayu yang terdiri hampir 80 peratus daripada jumlah keseluruhan peniaga di pasar tersebut.

Isu Pasar KamuntingPeniaga Pasar Kamunting Kuota peniaga Melayu Masalah bekalan elektrik pasar Kelab kebajikan urus pasar ADUN Kamunting Isu pengurusan pasar Taiping Masalah peniaga kecil Pendaftaran SSM peniaga Campur tangan kerajaan negeri Perak
Peniaga, Muhammad Firdaus Mustafa.

“Kami bukan menolak kehadiran peniaga baru atau kaum lain, tetapi bimbang kuota itu menyebabkan kira-kira 30 peratus peniaga sedia ada tidak dapat lagi berniaga, memandangkan pasar ini tidak luas.

“Tambahan pula, pihak pengurusan meminta kami mengisi semula borang seperti peniaga baharu, sedangkan kebanyakan kami sudah hampir 30 tahun berniaga di sini,” katanya kepada Malaysia Gazette (MG) Perak.

Muhammad Firdaus turut mendakwa peniaga kini terpaksa berniaga dalam keadaan gelap berikutan isu bekalan elektrik yang masih belum diselesaikan.

Katanya, pihak pengurusan baharu memaklumkan bahawa sistem lampu solar hanya akan siap dipasang menjelang Ogos, menyebabkan peniaga terpaksa menggunakan lampu sendiri buat sementara waktu.

Peniaga terpaksa memasang lampu yang dibawa sendiri ekoran dakwaan tiada bekalan elektrik untuk sumber cahaya di Pasar Kamunting. Foto ihsan Muhammad Firdaus Mustafa

“Selepas kontrak pengurusan lama tamat, soal bekalan elektrik diserahkan kepada kelab kebajikan tersebut. Tapi kami dimaklumkan mereka hanya akan pasang lampu solar yang siap dibangunkan pada Ogos nanti,” jelasnya.

Dalam pada itu, Muhammad Firdaus menegaskan para peniaga tidak menolak sebarang usaha penambahbaikan pasar, sebaliknya berharap keadilan diberikan kepada mereka yang telah lama berniaga di situ.

“Kami bukan minta tanah sebaliknya, kami cuma mahu terus diberi ruan untuk berniaga seperti biasa. Jika ada orang baharu nak berniaga, kami tiada masalah, asalkan peniaga lama tidak diketepikan,” katanya lagi.

Isu Pasar KamuntingPeniaga Pasar Kamunting Kuota peniaga Melayu Masalah bekalan elektrik pasar Kelab kebajikan urus pasar ADUN Kamunting Isu pengurusan pasar Taiping Masalah peniaga kecil Pendaftaran SSM peniaga Campur tangan kerajaan negeri Perak
Peniaga terpaksa memasang lampu yang dibawa sendiri ekoran dakwaan tiada bekalan elektrik untuk sumber cahaya di Pasar Kamunting. Foto ihsan Muhammad Firdaus Mustafa

Isu tersebut turut dibangkitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kamunting, Mohd Fakhrudin Abdul Aziz ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Atas Penzahiran Titah Diraja Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, pada Khamis.

Beliau berkata, dianggarkan antara 300 hingga 400 peniaga di Pasar Kamunting memohon campur tangan kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.

“Antara syarat baharu yang dikenakan ialah semua peniaga perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Sedangkan ramai dalam kalangan mereka hanyalah peniaga kecil yang tidak mampu menanggung kos-kos tambahan,” katanya.

Selain itu, beliau turut mempersoalkan rasional sebuah kelab kebajikan kesihatan yang diberikan peluang untuk menguruskan sebuah pasar harian awam.

“Saya difahamkan kelab ini tidak mempunyai latar belakang dalam bidang perniagaan atau pengalaman menguruskan pasar harian besar.

“Oleh itu, saya memohon agar kerajaan negeri mengambil perhatian serius terhadap perkara ini kerana Pasar Kamunting memainkan peranan penting dalam menyokong ekonomi setempat,” katanya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

RM300,000 naik taraf fasiliti Klinik Kesihatan Kamunting

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI