Peniaga tanggung rugi RM1.2 juta dalam pelaburan barang lusuh

IPOH – Seorang peniaga mengalami kerugian selepas terpedaya dengan penipuan pelaburan perniagaan barang-barang lusuh dua tahun lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mangsa berusia 48 tahun itu membuat laporan polis pada 10 Jun lalu.

Menurut beliau, peniaga berkenaan mendakwa telah berkenalan dengan seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai agen pelaburan pada pertengahan 2022.

Katanya lagi, suspek menawarkan pelaburan perniagaan barang lusuh yang mendatangkan keuntungan empat peratus sebulan dari modal yang dilaburkan dan hanya 18 bulan diperlukan untuk mendapatkan pulangan.

“Oleh kerana tertarik dengan tawaran tersebut, pada 6 Ogos 2022 mangsa telah mengeluarkan tiga keping cek dengan jumlah keseluruhan bernilai RM1.2 juta kepada suspek.

“Pada februari 2024, mangsa telah berjumpa dengan suspek untuk mendapatkan pulangan pertama tetapi suspek memberi pelbagai alasan,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Mohd Yusri berkata, disebabkan perkara itu barulah mangsa menyedari bahawa dirinya ditipu dan pelaburan tersebut tidak wujud dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai supaya lebih berwaspada dan tidak mudah percaya kepada tawaran pelaburan yang ditawarkan secara atas talian yang dipromosikan melalui laman sosial ataupun secara bersemuka.

“Lakukan semakan dengan agensi yang berkaitan sebelum mengambil keputusan untuk menyertai skim pelaburan tersebut,” ujar beliau. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Sembilan termasuk ibu, anak mengaku tidak bersalah terlibat penipuan skim pelaburan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI