Peniaga wanita didakwa miliki 102 unit peralatan mainan seks

BALIK PULAU – Seorang peniaga wanita didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki 102 unit peralatan mainan seks di sebuah premis dalam kompleks beli-belah terkenal di Persiaran Bayan Indah pada 6 Februari lalu.

Tertuduh, Sarah Phoon, 29, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Chia Huey Ting.

Mengikut pertuduhan, wanita bujang itu didakwa memiliki alat lucah iaitu 102 unit peralatan mainan seks.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu jam 2.30 petang di sebuah premis dalam kompleks beli-belah di Persiaran Bayan Indah, Bayan Lepas, pada 6 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikuti Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya, jika disabitkan bersalah.

Pendakwaan dikendalikan, Pegawai Pendakwa Kementerian Dalam Negeri (KDN) Mahadzir Saad manakala tertuduh diwakili Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Teh Yi Kai.

Ketika prosiding, Mahadzir menawarkan hukuman setimpal kepada tertuduh, namun Yi Kai memohon agar Sarah Phoon dikenakan denda minimum atas alasan dia perlu menyara ibu bapa serta dua adiknya yang sedang belajar di kolej dengan pendapatan bulanan RM1,800.

Majistret kemudian menjatuhkan hukuman denda RM2,000 terhadap tertuduh dan sekiranya gagal bayar, dia berdepan hukuman penjara dua bulan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI