Peningkatan pelancong antarabangsa dorong pertambahan penerbangan di utara negara

IPOH – Kemasukan penerbangan luar negara dijangka meningkat susulan permintaan pelancong antarabangsa yang semakin memberangsangkan termasuk destinasi popular di wilayah utara.

Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Utara, Abdul Hadi Che Man berkata, peningkatan itu turut didorong pertambahan jadual penerbangan serta perkembangan sektor pelancongan sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM 2026).

Menurutnya, situasi itu dapat dilihat jelas melalui peningkatan pergerakan penerbangan antarabangsa, khususnya di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) yang kini semakin sesak dengan kehadiran pelancong.

“Kita dapat saksikan jika kita pergi ke LTAPP misalnya, kita dapat tengok betapa sesaknya lapangan terbang tersebut.

“Contohnya, lapangan terbang berkenaan menerima lebih 50 penerbangan antarabangsa sehari tidak termasuk penerbangan domestik yang mencerminkan permintaan tinggi daripada pelancong luar negara amat menggalakkan pada tahun ini.

Permintaan tinggi pelancong antarabangsa dorong peningkatan penerbangan di wilayah utara
Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Utara, Abdul Hadi Che Man (lima dari kanan) menggaul Yee Sang sempena sambutan perayaan Tahun Baharu Cina yang diadakan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, Ipoh sempena kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026) pada Selasa.
Foto: Syakir Yusof

“Kita juga menjangkakan lebih banyak pesawat antarabangsa akan masuk ke lapangan-lapangan terbang di wilayah utara selari dengan permintaan pelancong,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS) di sini pada Selasa.

Mengulas mengenai kapasiti Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di Ipoh yang bersaiz kecil, beliau memaklumkan perkara itu berada di bawah bidang kuasa Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) termasuk sebarang perancangan pembesaran terminal sekiranya permintaan terus meningkat.

Tambahnya, permintaan pelancong ketika ini dilihat baik khususnya bagi pasaran Singapura dan Johor Bahru. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kemeriahan tradisi Tahun Baharu Cina sambut ketibaan pengunjung di LTSAS

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI