Penjawat awam antara tiga direman kes tuntutan palsu lebih RM800,000

IPOH – Penjawat awam antara tiga individu yang direman bagi membantu siasatan kes berhubung tuntutan palsu projek pembekalan ternakan bernilai lebih RM800,000.

Perintah reman selama empat hari bermula hari ini hingga 24 Mac dikeluarkan oleh Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus selepas pihak SPRM membuat permohonan di Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Penjawat awam, 38; usahawan, 41; dan pemilik syarikat, 38, itu ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak antara jam 8 hingga 9 malam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Perak dekat sini, semalam.

Ketiga-tiga individu terbabit ditahan kerana dipercayai terlibat dengan aktiviti rasuah membabitkan pemalsuan invois bagi menuntut pembayaran berkaitan projek pembekalan ternakan.

Projek tersebut melibatkan perkhidmatan membekal dan menghantar ternakan kambing tenusu, kambing pedaging dan bebiri dengan pensijilan import untuk projek subsektor ternakan daerah Perak Tengah; dan program pembangunan jajaran Sungai Perak Tahun 2020 Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak berjumlah RM836,798.

Sehubungan itu, kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 (ASPRM 2009).

Terdahulu, mereka yang berpakaian lokap SPRM tiba di perkarangan mahkamah sekitar jam 9.50 pagi menaiki kenderaan agensi penguatkuasa itu dan dibawa keluar pada jam 11.05 pagi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perak, Ahmad Sabri Mohamed  ketika dihubungi mengesahkan mengenai penahanan tiga individu di bawah Seksyen 18 ASPRM itu. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tiga penjawat awam ditahan kes rasuah projek RM2.3 juta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI