Penolong pegawai perubatan maut nahas ambulans, treler

TAPAH – Seorang penolong pegawai perubatan maut selepas ambulans dinaikinya dipercayai melanggar bahagian belakang sebuah treler di Kilometer 330.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara di sini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi berkata, mangsa wanita berusia 30 tahun yang berada di tempat duduk penumpang hadapan tersepit dan mengalami kecederaan parah serta maut di lokasi dalam kejadian sekitar jam 4.30 pagi itu.

Menurutnya, kejadian berlaku apabila ambulans syarikat swasta dipandu lelaki berusia 41 tahun itu melanggar bahagian belakang sebuah treler.

“Treler dipandu lelaki berusia 32 tahun sedang berada di lorong kiri lebuh raya untuk menuju ke arah utara.

“Sewaktu kejadian, ambulans itu dalam perjalanan balik dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Cheras, Kuala Lumpur menuju ke Ipoh selepas menghantar pesakit.

“Treler pula dalam perjalanan dari Klang, Selangor menuju ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk menghantar barang,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, nahas itu mengakibatkan pemandu ambulans mengalami kecederaan ringan manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan.

“Pasukan bomba membantu mengeluarkan penumpang hadapan ambulans yang tersepit dan disahkan maut kemudian dihantar ke Hospital Tapah bagi urusan bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” jelasnya.

Sehubungan itu, Mohd Naim meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu diminta menghubungi pegawai penyiasat kes dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah Tapah, Inspektor Mohd Faizan Ahmad@Mohammed Rizkin di talian 013-208 7919 bagi membantu siasatan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki maut, motosikal rempuh kereta di laluan bertentangan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI