Penolong Pegawai Rela didenda RM25,000 atas lima tuntutan palsu

IPOH – Seorang penolong pegawai Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) Daerah Sungai Siput mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas lima pertuduhan membuat tuntutan palsu dua tahun lalu.

Tertuduh, K Rameswaran, 28, mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa secara tidak jujur telah menggunakan suatu dokumen sebagai tulen yang diketahui palsu iaitu Borang Tuntutan Elaun Penugasan Kawalan Keselamatan dan Pemantauan Bencana semasa Monsun Timur Laut (MTL) 2023/2024 Daerah Sungai Siput (U).

Borang tuntutan elaun tersebut dibuat atas nama lima anggota Rela sedangkan mereka tidak pernah menjalankan tugasan anggota Rela rondaan Monsun Timur Laut dengan jumlah keseluruhan RM9,408.

Dia dituduh melakukan perbuatan itu dari Oktober 2023 hingga Januari 2024 di Pejabat Rela negeri Perak di sini.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 471 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudiannya menetapkan hukuman denda RM25,000 atas kesemua lima pertuduhan dan lima bulan penjara jika denda tidak dibayar bagi kesemua pertuduhan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), G Nanthini manakala tertuduh tidak diwakili peguam.- MG Perak

Artikel Berkaitan:

Suami isteri didakwa terlibat pengubahan wang haram RM52.8 juta

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI