Pensyarah UiTM kongsi ilmu pembuatan sabun organik

TAPAH – Peribahasa Melayu yang berbunyi ‘tiada rotan, akar pun jadi’ membawa maksud jika tiada yang baik, maka yang kurang baik pun boleh juga.

Ia secara jelas menunjukkan segala perkara yang berada di alam sekeliling manusia mempunyai manfaatnya tersendiri.

Misalnya dalam pembuatan sabun, ia boleh dihasilkan dengan menggunakan bahan-bahan terpakai bersama dengan campuran bahan kimia selamat.

Warga emas Uitm perak tapah sabun PASAK perak TVET pencuci rumah peserta 10 warga emas teroka ilmu pembuatan sabun
Para peserta yang terdiri daripada warga emas mempelajari cara pembuatan sabun daripada bahan terpakai menerusi latihan program Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) bersama warga emas yang di adakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perak, Tapah. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 MEI 2024.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Gunaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perak Kampus Tapah, Adibatul Husna Fadzil berkata, atas dasar itu pihaknya bekerjasama dengan Pusat Aspirasi Anak (PASAK) bagi mengadakan bengkel penghasilan sabun organik.

Kata beliau, menariknya dalam bengkel berkenaan apabila ia menyasarkan penyertaan 10 orang peserta dalam kalangan warga emas.

Warga emas Uitm perak tapah sabun PASAK perak TVET pencuci rumah peserta 10 warga emas teroka ilmu pembuatan sabun
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Gunaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tapah juga selaku Pengarah Projek, Adibatul Husna Fadzil menunjukkan produk sabun yang dihasilkan oleh warga emas yang menyertai bengkel pembuatan sabun daripada bahan terpakai menerusi latihan program Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) bersama warga emas di UiTM Cawangan Perak, Tapah. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 MEI 2024.

Jelas Adibatul Husna, penganjuran bengkel selama lima hari melalui geran RM12,000 daripada PASAK itu mendedahkan kepada para peserta dalam menghasilkan bahan pencuci dengan menggunakan bahan kitar semula.

“Antara modul yang dipraktikkan dalam bengkel berkenaan adalah, pengenalan komponen kimia dalam sabun, keselamatan dan etika pembuatan sabun.

“Turut diselitkan modul kaedah pembuatan sabun pencuci pinggan dan pakaian serta kaedah pembuatan sabun daripada susu tepung, minyak terpakai dan bahan organik,” katanya.

Warga emas Uitm perak tapah sabun PASAK perak TVET pencuci rumah peserta 10 warga emas teroka ilmu pembuatan sabun
Suasana sekitar bengkel pembuatan sabun daripada bahan terpakai menerusi latihan program Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) bersama warga emas yang di adakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perak, Tapah. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 MEI 2024.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Bengkel Pembuatan Sabun Daripada Sumber Bahan Terpakai di UiTM Cawangan Perak Kampus Tapah, dekat sini, baru-baru ini.

Adibatul Husna yang juga pengarah program berkata, walaupun penghasilan sabun membabitkan bahan kimia, namun ia merupakan bahan kimia dalam kategori selamat.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Gunaan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Tapah juga selaku Pengarah Projek, Adibatul Husna Fadzil menerangkan kepada media mengenai produk sabun yang dihasilkan oleh warga emas yang menyertai bengkel pembuatan sabun daripada bahan terpakai menerusi latihan program Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) bersama warga emas di UiTM Cawangan Perak, Tapah. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 MEI 2024.

Tambah beliau, masih terdapat pandangan serong segelintir masyarakat yang seolah-olah takut dengan perkataan bahan kimia sedangkan bahan-bahan makanan harian seperti garam juga terhasil daripada sebatian bahan kimia.

Justeru kata beliau, inisiatif melaksanakan bengkel pembuatan sabun itu secara tidak langsung mampu mengubah stigama itu di samping, menarik minat semua lapisan masyarakat terhadap sektor pendidikan STEM atau singkatan bagi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik.

Warga emas Uitm perak tapah sabun PASAK perak TVET pencuci rumah peserta 10 warga emas teroka ilmu pembuatan sabun
Para peserta yang terdiri daripada warga emas mempelajari cara pembuatan sabun daripada bahan terpakai menerusi latihan program Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) bersama warga emas yang di adakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perak, Tapah. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 MEI 2024.

“Berbeza dengan bengkel-bengkel lain, di sini kami memberi penerangan asas kepada peserta melalui pengajaran kaedah teori serta amali.

“Usaha ini secara tidak langsung mampu menarik minat golongan warga emas untuk turut terlibat dalam ilmu sains dan bidang STEM ini.

“Mungkin selepas ini, mereka akan bercerita kepada anak dan cucu sebagai untuk turut sama menarik minat golongan muda terhadap bidang sains yang kini mula kurang diminati,” katanya lagi.

Peserta, Nor Rafidah Aziz sedang mengacau aduann ketika tinjauan lensa MG Perak di bengkel pembuatan sabun daripada bahan terpakai menerusi latihan program Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) bersama warga emas yang di adakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perak, Tapah. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 MEI 2024.

Adibatul Husna menambah, selain daripada ilmu penghasilan sabun, dalam bengkel sama semua peserta juga didedahkan dengan strategi pemasaran produk, pengiraan bahan kos dan keuntungan sekiranya mahu menjalankan perniagaan menjual bahan pencuci itu.

“Kita beri ilmu secara asas, dan para peserta warga emas ini juga diberi peluang untuk menunjukkan kreativiti masing-masing dalam menghasilkan sabun.

“Dalam bengkel ini, mereka diajar menghasilkan sabun daripada bahan seperti minyak terpakai, serbuk kopi, susu tepung dan oat yang telah tamat tempoh.

“Ada juga dalam kalangan peserta membawa bersama daun sirih dan limau purut sebagai bahan tambah dalam pembuatan ini,” jelasnya.

Para peserta melakukan proses pembungkusan sabun buku yang dihasilkan oleh warga emas yang menyertai bengkel pembuatan sabun daripada bahan terpakai menerusi latihan program Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) bersama warga emas di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perak, Tapah. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 MEI 2024.

 

Peserta teruja

Para peserta di bawah inisiatif Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) Warga Emas PASAK itu berkongsi rasa keterujaan masing-masing dalam menyertai bengkel penghasilan sabun berkenaan.

Salah seorang daripada mereka Mohd Daud Arsad, 66, memberitahu, modul-modul yang diperkenalkan dalam bengkel mudah difahami dan sesuai untuk golongan yang seusia dengannya.

Warga emas Uitm perak tapah sabun PASAK perak TVET pencuci rumah peserta 10 warga emas teroka ilmu pembuatan sabun warga emas bahan terpakai sabun
Peserta, Mohd Daud Arsad, 66 ditemuramah pada program Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) bersama warga emas di UiTM Cawangan Perak, Tapah. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 MEI 2024.

Menurut pesara guru itu, ia tambah menarik apabila bahan-bahan yang diperlukan untuk penghasilan sabun organik mudah diperoleh di rumah.

“Kebetulan saya dan dua rakan yang menyertai bengkel ini merupakan ahli Koperasi Pekerja-pekerja Kerajaan (KOSPEK) Tapah, dan kami memang ada bercadang untuk membuka kilang.

“Dengan ilmu yang ada ini, kami sangat teruja dan besar hasrat kami dapat mengusahakan kilang pembuatan sabun bagi menjana pendapatan koperasi,” katanya.

warga emas bahan terpakai sabun
Peserta, Nor Rafidah Aziz ditemuramah pada program Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (TVET) bersama warga emas di UiTM Cawangan Perak, Tapah. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 MEI 2024.

Bagi pesara kerajaan, Rafidah Mohd Idris, 66, sebelum ini dia pernah mengusahakan perniagaan kedai dobi di Selangor, selain pernah menghasilkan sabun daripada bahan terpakai sejak dua tahun lalu.

Namun ujarnya, kaedah penghasilan sabun yang dipelajari pada bengkel berkenaan berbeza dengan apa yang dipelajarinya selama ini dan ia secara tidak langsung memberi nilai tambah kepada pengetahuannya.

“Selepas ini dapatlah saya perbanyakkan jenis sabun dan boleh jual secara kecil-kecilan. Walaupun sudah bersara, sebagai warga emas, kita perlu mencari aktiviti supaya fizikal dan mental sentiasa sihat,” ujarnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Keunikan keris, tambat hati anak muda Kuala Kangsar

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI