Penunggang basikal maut jatuh dari jejantas motosikal di Taiping

TAIPING – Seorang penunggang basikal maut selepas dipercayai terjatuh dari jejantas motosikal setinggi enam meter di kawasan Jambatan Kampung Pinang Seberang, Kamunting di sini petang tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Shazlean Mohd Hanafiah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu sekitar jam 2.10 petang.

Menurutnya, seramai sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kamunting telah digerakkan ke lokasi kejadian.

“Ketika tiba di lokasi kita mendapati mangsa, lelaki berusia 49 tahun dipercayai terjatuh ke kawasan landasan kereta api dan mengalami kecederaan parah selepas menghentam bongkah batu.

Ketua operasi melakukan penilaian situasi dan seterusnya mengarahkan anggota menguruskan mangsa dengan menggunakan pengusung.

“Pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kemudian mengesahkan mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, mangsa diserahkan kepada anggota polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 3.30 petang. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Suami isteri warga emas ditemui meninggal dunia di rumah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI