Penunggang motosikal cedera ditimpa warung burger ditunda lori

TAIPING – Seorang penunggang motosikal cedera selepas warung burger yang ditunda sebuah lori rigid terjatuh dan menimpanya di Jalan Medan Saujana 3, Kamunting di sini.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Abdul Malek Ismail berkata, pihaknya mengesan kejadian itu menerusi satu rakaman video papan pemuka (dashcam) yang tular di laman sosial Facebook pada Selasa berhubung kemalangan berkenaan.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati kemalangan tersebut dipercayai berlaku pada 20 Januari lalu kira-kira jam 3.30 petang.

“Ketika kejadian, sebuah lori jenis rigid buatan Hino yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 30 tahun sedang menunda sebuah warung burger dari arah Taiping menghala ke Kamunting.

“Lori tersebut dipercayai masuk ke jalan sehala sebelum hilang kawalan sehingga menyebabkan warung burger yang ditunda terjatuh ke atas jalan raya lalu terkena sebuah motosikal yang ditunggang seorang lelaki berumur 28 tahun serta sebuah kereta jenis Proton Saga FL yang dipandu seorang wanita berumur 34 tahun,” katanya dalam kenyataan pada malam tadi.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan di bahagian dahi, leher serta luka pada tangan dan kaki manakala pemandu kereta tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Penunggang motosikal telah menerima rawatan di Hospital Taiping dan keadaannya dilaporkan stabil serta kes disiasat di bawah Rule 92 LN 170/59,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki rentung dalam kemalangan empat kenderaan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI