Penunggang motosikal maut, rempuh Audi di lorong kecemasan PLUS

TAPAH – Seorang penunggang motosikal warga Myanmar maut selepas merempuh sebuah kereta jenis Audi Q3 2.0 yang sedang berhenti di lorong kecemasan di kilometer (km) 325.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Mohd Naim Asnawi berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian itu pada jam 6.37 petang.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati, ketika kejadian lelaki berusia 26 tahun itu sedang menunggang motosikal jenis KTM Duke 200.

Menurut beliau, sementara di lokasi, seorang lelaki warganegara India berusia 48 tahun sedang memberhentikan keretanya di lorong kecemasan kerana kenderaannya disyaki mengalami kerosakan.

“Semasa dalam perjalanan dari Pulau Pinang ke Kuala Lumpur, kereta berkenaan telah dilanggar dari arah belakang oleh sebuah motosikal.

“Akibat daripada perlanggaran yang berlaku, penunggang motosikal tersebut telah melambung ke bahagian atas bonet belakang kereta dan telah mengalami kecederaan parah” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambah beliau, penolong pegawai perubatan dari Hospital Tapah yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurut Mohd Naim, mayat penunggang motosikal itu telah dihantar ke Bahagian Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat.

“Dalam kemalangan ini, pemandu kereta bersama isterinya berumur 44 tahun dan dua anak perempuan berusia 14 dan lapan tahun tidak mengalami sebarang Kecederaan.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati serta mendapatkan rehat yang cukup semasa menunggang motosikal dan memandu kenderaan bagi mengelakkan kemalangan daripada berlaku,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Penunggang motosikal maut, penumpang wanita cedera tersepit

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI