Penunggang motosikal maut selepas terbabas ke dalam longkang

IPOH – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas dan jatuh ke dalam longkang di Kawasan Perindustrian Perpaduan, Meow Garden, di sini, malam tadi.

Mangsa yang berusia 45 tahun disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, pasukannya menerima panggilan berlakunya kemalangan jalan raya pada jam 11.17 malam dan bergegas ke lokasi kejadian.

Menurut beliau, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tambun tiba di lokasi pada jam 11.19 minit dan mendapati berlakunya kemalangan melibatkan sebuab motosikal jenis Honda Ex-5.

“Anggota bomba dimaklumkan bahawa lelaki yang menunggang motosikal berkenaan terbabas dan jatuh ke dalam longkang.

“Ketua operasi kemudiannya mengaplikasikan konsep ‘saver’ dan seterusnya mengangkat mangsa menggunakan ‘stretcher’ ke tempat yang selamat,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Tambah beliau, mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak KKM dan polis untuk tindakan selanjutnya.

“Operasi diketuai oleh PBK II, Ahmad Nashafuddin Mat Dohon dan tamat sepenuhnya pada jam 11.50 malam,” katanya. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Penunggang ‘superbike’ maut terperosok di bawah Hilux

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI