Penunggang motosikal terpelanting, maut digilis lori

IPOH – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas sebelum digilis sebuah lori di Jalan Lahat dekat sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, dalam nahas jalan raya pada jam 8.52 pagi itu, mangsa berusia 21 tahun disahkan meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Katanya, hasil siasatan awal mendapati, sebelum kejadian mangsa datang dari arah Ipoh menuju ke arah Menglembu.

Penunggang motosikal maut digilis lori lelaki mangsa polis terbabas kejadian ipoh r Abang Zainal Abidin nahas jalan raya
Motosikal yang ditunggangi mangsa maut dalam nahas jalan raya melibatkan sebuah lori di Jalan Lahat Ipoh. foto POLIS IPOH

“Apabila tiba di tempat kejadian mangsa yang menunggang motosikal di lorong kanan dipercayai cuba memintas sebuah lagi motosikal di laluan sama.

“Walau bagaimanapun semasa memintas, motosikal ditunggang mangsa telah terlanggar pembahagi di tengah jalan.

“Ia menyebabkan motosikal ditunggang hilang kawalan dan mangsa terpelanting masuk ke lorong kiri jalan sebelum telah digilis oleh sebuah lori,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Ujar beliau, hasil bedah siasat dijalankan Hospital Raja Permaisuri Bainun mendapati punca kematian akibat kecederaan kepala ekoran kemalangan jalan raya.

Penunggang motosikal maut digilis lori lelaki mangsa polis terbabas kejadian ipoh r Abang Zainal Abidin nahas jalan raya
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas digilis sebuah lori di Jalan Lahat, Ipoh. foto POLIS IPOH

Tambah Abang Zainal Abidin, kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.

Pada masa sama beliau meminta orang ramai yang menyaksikan kejadian itu untuk Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Muhammad Syafiq Fauze di talian 013-6713177 atau tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

“Masyarakat juga dinasihatkan supaya memandu secara berhemah dan sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas demi menjamin keselamatan diri serta semua pengguna jalan raya,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Lelaki maut motosikal terbabas di lebuh raya

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI