KUALA LUMPUR – Penyanyi veteran Aspalela Abdullah meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada jam 10 pagi tadi.
Allahyarham berusia 80 tahun.
Cucunya Allahyarham, Puteri Wan Nur Izzati Azhari yang mengesahkan kematian Aspalela berkata, neneknya terjatuh semasa bangun menunaikan solat Subuh, awal pagi tadi.
Dilaporkan, Aspalela menghembuskan nafas terakhir Ketika dalam perjalanan ke HKL akibat pelbagai komplikasi masalah kesihatan kira-kira 10 pagi tadi.
“Kami segera menghubungi ambulans dan membawanya ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan dan doktor memaklumkan kematiannya pada jam 10 pagi,” katanya kepada Astro Awani.
Jenazah Alahyarham dibawa ke Masjid Salahuddin al-Ayubi, Taman Melati sebelum dikebumikan selepas solat Asar.
Allahyarham Aspalela pernah meraih juara Bintang Radio 1968 adalah penyanyi lagu-lagu Melayu Asli dan memiliki lima buah album.- MalaysiaGazette