Perak bakal lahir 8,251 hufaz cilik menjelang tahun 2026

IPOH – Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) akan melaksanakan Program Pra-Tahfiz KEMAS melibatkan 410 buah Tabika KEMAS di seluruh negeri ini dalam usaha melahirkan seramai 8,251 hufaz cilik menjelang tahun 2026.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerajaan negeri menyambut baik usaha itu yang secara tidak langsung memberi peluang kepada pelajar seawal usia empat tahun untuk menghayati Islam dan ilmu al-Quran melalui pelaksanaan program tersebut.

“Saya dimaklumkan pelajar seawal usia empat tahun dibawa belajar dan diasuh menghafal ayat-ayat Al-Quran yang pendek sekali gus mencintai kitab suci itu.

“Sudah tentu apabila tiba masanya nanti mereka akan dengan mudah dapat menerus dan mendalami ilmu Al-quran sama ada melalui kemasukan ke sekolah aliran tahfiz dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Amanat Perdana KEMAS bersama Menteri Besar Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Darul Ridzuan, di sini pada Rabu.

Dalam pada itu, Saarani memaklumkan apabila beliau melawat sekolah menengah tahfiz yang menawarkan pelajaran akademik, pelajar dilihat mudah untuk menghafal mata pelajaran yang diajar di sekolah berkenaan.

“Apabila saya pergi ke beberapa sekolah menengah tahfiz yang ada mata pelajaran akademik, dikatakan pelajar yang menghafaz al-Quran boleh dan senang hendak hafal formula matematik, fizik, dan sebagainya memandangkan mereka sudah biasa menghafal.

“Oleh sebab itu saya yakin program anjuran kemas ini dilihat sangat baik,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Moh Sukses SPM bakal diperluas di seluruh daerah – Saarani

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI