Perak bangunkan platform padanan perniagaan perkukuh penyertaan PMKS dalam industri

IPOH – Kerajaan Negeri Perak sedang membangunkan platform padanan perniagaan supaya Perusahaan Mikro Kecil dan Sederhana (PMKS) dapat menembusi rantaian bekalan industri automotif, pelancongan, teknologi, makanan dan perkhidmatan profesional.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, langkah ini penting supaya usahawan kecil tidak beroperasi secara terasing, tetapi terhubung dalam ekosistem lebih besar yang membuka peluang pendapatan lebih stabil dan berpanjangan.

“Pada masa yang sama, kerajaan negeri turut meneliti keperluan jangka panjang dalam membangunkan bakat keusahawanan baharu.

“Pendidikan dan latihan tidak boleh berhenti pada kemahiran asas sahaja, malah perlu merangkumi aspek kepimpinan, kecekalan, tadbir urus, serta kompetensi digital yang menjadi penentu daya saing masa depan,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed yang mewakili Saarani pada Majlis Anugerah Usahawan Perak 2025 di Hotel Casuarina@Meru, malam tadi.

Perak bangunkan platform padanan perniagaan perkukuh penyertaan PMKS dalam industri
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed merasmikan Majlis Anugerah Usahawan Perak 2025 di Hotel Casuarina Meru, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 09 DISEMBER 2025.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan sebanyak 174 program keusahawanan dilaksanakan oleh 28 kementerian, jabatan dan agensi dengan peruntukan RM370.7 juta yang memberi manfaat kepada lebih 103,324 usahawan pada tahun 2025 di negeri ini.

“Kita turut melihat potensi Perak dalam sektor makanan dan minuman, pelancongan, teknologi hijau, halal, serta industri kreatif yang semakin berkembang.

“Menerusi pendekatan ekonomi berasaskan kekuatan tempatan, peluang keusahawanan dapat digandakan melalui kerjasama antara pihak kerajaan, akademia, penyelidik dan sektor swasta serta ekosistem ini akan membentuk gelombang baharu pertumbuhan ekonomi negeri.

“Justeru, saya menyeru semua usahawan agar terus tabah menghadapi cabaran, menggunakan peluang digital, meningkatkan inovasi dan memperkukuh ilmu perniagaan. Ketahanan mental dan kesediaan berubah menjadi asas penting untuk menempuh dunia perniagaan yang semakin kompetitif,” ujarnya.

Sementara itu, sebanyak 14 kategori dipertandingkan untuk menerima anugerah melalui pencalonan terbuka menerusi portal Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP), melibatkan penilaian panel dari lebih 20 agensi teknikal.

Antara kategorinya anugerah yang disampaikan termasuklah, Usahawan Orang Kurang Upaya (OKU) Terbaik, Usahawan Mikro Terbaik, Usahawan Global Terbaik dan Usahawan Harapan Negeri Perak. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

RM3 juta perkasa usahawan melalui SteP

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI