IPOH – Kerajaan Negeri Perak membentangkan Belanjawan Perak 2025 berjumlah RM1.61 bilion, tertinggi dalam sejarah dengan anggaran perbelanjaan mengurus sebanyak RM1.045 bilion dan perbelanjaan pembangunan RM568 juta.
Jumlah berkenaan lebih tinggi berbanding Belanjawan Perak 2025 sebanyak RM1.52 bilion dengan anggaran perbelanjaan mengurus sebanyak RM981.8 juta dan pembangunan RM538 juta.
Mengekalkan tema ‘Perak Makmur, Rakyat Sejahtera’ Belanjawan Perak 2026 menumpukan kepada kesejahteraan rakyat; tadbir urus projek berkepentingan negeri; pembangunan modal insan; kelestarian alam sekitar dan keterjaminan bekalan makanan.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, belanjawan itu dirangka bagi memastikan agenda Perak Sejahtera 2030 terus bergerak dengan lebih kukuh dan berpaksikan rakyat.
Menurut beliau, Belanjawan Negeri Tahun 2026 juga dirangka berdasarkan unjuran Hasil dan Terimaan Pembangunan yang mencecah angka RM1.518 bilion, iaitu peningkatan RM80 juta berbanding belanjawan tahun 2025.
“Jumlah ini terdiri daripada Hasil Cukai (RM691 juta), Hasil Bukan Cukai (RM559 juta), Terimaan Bukan Hasil (RM230 juta) dan Terimaan Pembangunan (RM38 juta).
“Trend kutipan hasil dijangka akan terus meningkat selaras dengan pertumbuhan positif sektor ekonomi yang menyumbang kepada kutipan hasil Negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam Pembentangan Belanjawan Perak 2026 pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Ketiga Dewan Negeri Perak Yang ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Selasa.
Berita lanjut menyusul….


