Perak bentang usul atasi kesan cuaca, iklim tidak menentu

IPOH – Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak hari ini membentangkan usul berhubung cadangan untuk mengadakan persidangan khas bagi menangani isu fenomena cuaca ekstrem dan perubahan iklim serta banjir kilat yang akan memberi kesan kepada kehidupan rakyat di negeri Perak.

Usul berkenaan dibawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simpang Pulai, Wong Chai Yi.

Beliau berkata, persidangan khas tersebut perlu melibatkan semua pihak untuk duduk bersama serta mengadakan perbincangan dalam platform sama.

Katanya, ini supaya semua faktor dan pandangan daripada semua peringkat merangkumi pelbagai aspek dan semua idea dapat dibawa masuk.

Dun Perak bentang usul persidangan khas tangani isu fenomena cuaca ekstrem dan perubahan iklim
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menjawab soalan lisan pada hari kedua Mesyuarat Kedua, Tahun Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 10 JULAI 2024.

“Melalui perbincangan bersama, saya berharap satu jawatankuasa bersepadu dapat ditubuhkan melalui persidangan khas ini dan semua pihak dapat bertindak bersama,” katanya.

Chai Yi berkata demikian sewaktu Persidangan DUN di Bangunan Perak Darul Ridzuan, dekat sini, pada Rabu.

Dalam perkara berkaitan, beliau meminta supaya pihak Perancangan Bandar harus berbincang dan mengkaji semula menurut strategi dengan mengambil kira faktor tersendiri di Perak.

“Kita memerlukan infrastruktur yang lebih bertahan terhadap cuaca ekstrem, termasuk sistem perparitan, saliran dan kolam tadahan yang cukup menampung kapasiti air hujan masa sekarang supaya Perancangan Bandar Negeri Perak akan menuju ke arah Berdaya Tahan Perubahan Iklim.

“Sehingga kini, masih tiada pelan induk pengurusan saliran yang mempunyai data dan informasi terkini serta menyeluruh untuk kegunaan jabatan termasuk agensi kerajaan dan kita juga tiada pemetaan utiliti di seluruh negeri ini,” jelasnya.

Seramai tiga ADUN kerajaan dan tiga ADUN pembangkang mengambil bahagian dalam sesi perbahasan usul yang berlangsung kira-kira tiga jam.

Mereka adalah, Goh See Hua (PH-Pasir Pinji), Razman Zakaria (PN-Gunung Semanggol), Ong Boon Piow (PH-Bercham), Ahmad Man (PN-Kuala Sepetang), Najihatussalehah Ahmad (PN-Manjoi) serta Jason Ng Thien Yeong (PH-Astaka).

Dun Perak bentang usul persidangan khas tangani isu fenomena cuaca ekstrem dan perubahan iklim
Ketua Pembangkang DUN Perak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gunung Semanggol, Razman Zakaria pada Mesyuarat Kedua, Tahun Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 10 JULAI 2024.

Sementara itu, Razman berkata, sekiranya cadangan itu diluluskan ia menjurus kepada pembaziran masa dan tenaga anggota kerajaan memandangkan isu sama telah beberapa kali dibincangkan secara kolektif.

“Sepatutnya kerajaan yang cekap di bawah Kerajaan Perpaduan ini mengumpulkan pelan tindakan dan rang undang-undang yang boleh digunakan akibat daripada fenomena itu.

“Barulah menjadikan Dewan ini berfungsi sebagai pembuat dasar, pembuat enakmen bukannya membincangkan usul untuk membuat persidangan,” kata Ketua Pembangkang itu. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Sidang Dun Perak akan bentang dua usul persendirian

DUN Perak bentang usul Enakmen Berkaitan Pengawalan Haiwan Berkeliaran

DUN Perak lulus usul wujudkan peraturan kawal haiwan berkeliaran

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI