Perak beri tanah 4 hektar bina Pusat Latihan Pengakap

IPOH – Kerajaan Negeri Perak bersetuju memberikan tanah seluas empat hektar yang terletak di antara Tanjung Tualang dan Daerah Perak Tengah bagi membina Pusat Latihan Pengakap Negeri Perak.

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negeri Perak, Ahmad Azam Shah Abd Majid berkata, tanah berkenaan merupakan milik Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC).

Beliau berkata, setakat ini Pengakap Negeri Perak sudah mengadakan perbincangan bersama Ketua Pegawai Eksekutif Perak SADC yang juga Ahli Majlis Pengakap Negeri Perak, Datuk Yahanis Yahya, yang bersetuju dan bersedia memajakkan tanah berkenaan selama 40 tahun untuk tujuan tersebut.

“Pengakap Negeri Perak berhasrat untuk memiliki sebuah pusat latihan pengakap yang mana boleh membantu mengembangkan lagi potensi bakat dan kemahiran anak-anak yang selama hari ini kita tidak mempunyai entitle sebagai kem pengakap negeri Perak.

“Kita dalam proses untuk membangunkan pusat latihan tersebut dan menyasarkan ia siap pada tahun 2026 dan melancarkannya bersempena 100 tahun Pengakap di Perak.

“Dalam perkembangan sama, kita telah menyerahkan satu perancangan, konsep kepada Perak SADC dan untuk dimurnikan atas kapasiti tanah 10 ekar itu yang terletak di Tanjung Tualang bersempadan dengan daerah Perak Tengah dan rundingan masih lagi sedang berjalan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media susulan pengumuman Ketua Pengakap Negara, Mejar Jeneral Profesor Datuk Dr Mohd Zin Bidin (B) berhubung pembinaan pusat tersebut ketika berucap sempena Istiadat Penganugerahan Bintang, Pingat dan Sijil Pengakap Raja Persekutuan Pengakap Malaysia Negeri Perak di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, pada Sabtu.

Sementara itu, Yahanis berkata, pihaknya sudah menerima permohonan daripada pengakap serta sudah dibawa kepada Lembaga Pengarah Perbadanan Perak SADC dan telah diluluskan.

“Kita akan membangunkannya secara berfasa dan InshaALLAH jika tidak ada aral melintang kita mulakan tahun ini juga asas kepada tapak perkhemahan untuk Pengakap Negeri Perak,” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Sultan Perak berkenan anugerah Bintang, pingat dan sijil Pengakap Raja

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI