Perak cari lokasi sesuai bina pusat perlindungan haiwan

IPOH – Kerajaan Negeri Perak dalam usaha mencari tanah yang sesuai untuk membina pusat perlindungan haiwan yang akan dikendalikan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, setakat ini terdapat tiga NGO kebajikan haiwan yang telah mengemukakan cadangan untuk menubuhkan pusat perlindungan haiwan.

Menurutnya, bagaimanapun, belum ada lokasi yang sesuai ditemukan NGO terbabit untuk melaksanakan pusat perlindungan berkenaan.

“Jika lokasi yang dicadangkan sesuai, kita (kerajaan negeri) akan mewartakannya di bawah penggunaan NGO.

“Mereka (NGO) terbabit turut dikenakan caj nominal (ke atas tanah berkenaan),” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke Bazar Ramadan Stadium Perak di sini, semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Shy Ching berkata, lebih banyak tempat perlindungan haiwan diperlukan kerana masih terdapat aduan daripada orang awam berhubung masalah haiwan terbiar dan berkeliaran khususnya di kawasan taman perumahan.

Sehubungan itu, beliau berharap NGO dapat membantu kerajaan negeri untuk menyediakan tempat bertujuan untuk memberi perlindungan kepada haiwan terbiar. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perhilitan Perak pindahkan Yob Napi, Yong Hani

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI