Perak catat 700 kes kebakaran terbuka bagi tempoh Januari hingga Mac

IPOH – Sebanyak 700 kes kebakaran terbuka dilaporkan di Perak bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini berikutan cuaca panas dan kering yang melanda negara.

Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan Perak, Sandrea Ng Shy Ching berkata, daripada jumlah itu, belukar dan lalang mencatatkan jumlah tertinggi dengan 300 kes.

Menurutnya, ini diikuti kebakaran sampah sebanyak 157 kes, kebakaran hutan sebanyak 53 kes dan juga kebakaran kebun atau lalang sebanyak 47 kes.

“Berdasarkan maklumat Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), beberapa daerah termasuk Hulu Perak, Kinta dan Kuala Kangsar kini merekodkan cuaca panas Tahap 1 (berjaga-jaga) dengan suhu maksimum harian antara 35 hingga 37 darjah selsius,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Kempen Kesedaran Keselamatan Awam sempena Program Satelit Program MADANI Rakyat (PMR) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak di Aeon Mall Kinta City, di sini pada Ahad.

Hadir sama, Pengarah JBPM Perak, Datuk Sayani Saidon.

Dalam perkembangan sama, Sandrea meminta orang ramai supaya tidak melakukan sebarang pembakaran terbuka dalam apa jua keadaan serta sentiasa menjaga keselamatan persekitaran.

“Langkah mudah seperti memastikan kawasan sekitar rumah bebas daripada bahan mudah terbakar, tidak membuang puntung rokok merata-rata serta melaporkan kejadian kebakaran dengan segera mampu mengurangkan risiko insiden yang lebih serius,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak perhalusi pelaksanaan PKM, dijangka muktamad Jun ini

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI