Perak catat lonjakan hasil buah, sayur

TAIPING – Sektor pertanian Negeri Perak terus menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila pengeluaran buah-buahan dan sayur-sayuran bagi tahun 2024 mencatat peningkatan berbanding sebelumnya.

Pengarah Jabatan Pertanian Perak, Norsiyenti Othman berkata, pengeluaran buah-buahan meningkat sebanyak 3.1 peratus iaitu daripada 125,624 tan metrik pada tahun 2023 kepada 129,567 tan metrik, pada tahun 2024.

Kata beliau, bagi sayur-sayuran pula, jumlah pengeluaran melonjak 7.6 peratus daripada 111,782 tan metrik, pada tahun 2023 kepada 120,330 tan metrik pada tahun lalu.

“Peningkatan ini membuktikan keupayaan sektor pertanian negeri, walaupun berdepan cabaran cuaca seperti kemarau dan banjir, ia tidak menjejaskan hasil secara keseluruhan.

“Malah, pada awal tahun lalu, jika dilihat pengeluaran sayur-sayuran di negeri ini berlebihan sehingga menyebabkan berlaku sedikit menurun harga di pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada Majlis Perasmian Karnival Agro Jabatan Pertanian Daerah Larut Matang dan Selama di sini, pada Selasa.

Pengeluaran buah dan sayur Perak 2024 hasil pertanian Perak, peningkatan hasil buah-buahan, pengeluaran sayur-sayuran Perak, statistik pertanian Perak, sektor agromakanan Perak, KDNK sektor pertanian
Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Teh Kok Lim memberikan buah percuma kepada pengunjung pada Majlis Perasmian Karnival Agro Jabatan Pertanian Daerah Larut Matang dan Selama Tahun 2025 di perkarangan Pejabat Pertanian Daerah Larut, Matang dan Selama, Taiping, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 OGOS 2025.

Hadir sama, Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aulong, Teh Kok Lim.

Norsiyenti berkata, perkembangan itu berjaya melonjakkan Perak sebagai antara pengeluar utama buah-buahan dan sayur-sayuran negara dengan sebahagian besar hasil dibekalkan ke negeri lain.

Tambah beliau, pada tahun 2024, Perak berjaya mencapai tahap sara diri (SSL) melebihi 100 peratus bagi 18 daripada 30 komoditi utama sektor agromakanan, berbanding hanya 15 komoditi pada tahun 2023.

Dari sudut ekonomi, Norsiyenti berkata, sektor agromakanan Malaysia menyumbang 11 peratus kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) negara pada suku pertama 2025, bernilai RM45.5 bilion.

Jelas Norsiyenti Perak, sektor itu menyumbang 15 peratus kepada KDNK negeri dengan nilai RM82.6 bilion pada tahun 2023.

Pengeluaran buah dan sayur Perak 2024 hasil pertanian Perak, peningkatan hasil buah-buahan, pengeluaran sayur-sayuran Perak, statistik pertanian Perak, sektor agromakanan Perak, KDNK sektor pertanian
Pengarah Jabatan Pertanian Perak, Norsiyenti Othman ketika sidang media pada Majlis Perasmian Karnival Agro Jabatan Pertanian Daerah Larut Matang dan Selama Tahun 2025 serta Majlis Pra Pelancaran Pusat Herba Pertanian Perak di perkarangan Pejabat Pertanian Daerah Larut, Matang dan Selama, Taiping, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 12 OGOS 2025.

“Ini adalah hasil sumbangan para petani di kita di Perak dan pasukan Jabatan Pertanian Negeri yang membantu meningkatkan pengeluaran sayur dan buah-buahan negeri ini,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain Norsiyenti berkata, sebanyak 220 tamanan herba terdapat di Pusat Herba Pertanian Perak yang terletak di Jalan Taman Sentosa, dekat sini.

Kata beliau, ia diwujudkan sebagai pusat pameran dan pendidikan bagi memperkenalkan kepelbagaian tanaman herba kepada pengunjung, sekali gus memelihara khazanah tumbuhan yang berpotensi tinggi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Pertanian bandar jimat RM40 seminggu belanja isi rumah

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI