Perak FC terpaksa lupa hasrat beraksi di gelanggang sendiri

IPOH – Perak FC terpaksa melupakan hasrat untuk beraksi di gelanggang sendiri pada aksi kedua Liga Super musim 2024/2025 selepas Stadium Perak akan menjalani kerja-kerja naik taraf bermula November ini.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, ia diputuskan susulan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) menerima tajaan RM500,000 dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi kerja-kerja menaik taraf venue Skuad Seladang itu.

Perak fc stadium perak the bos gaurus skuad exco perak Khairudin Abu Hanipah bola sepak gelanggang
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah pada sidang media Program Hijrah Insaniah Yayasan Perak di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh.
Program Hijrah Insaniah ini bertujuan untuk membangunkan modal insan di kalangan murid luar bandar dengan menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif sekaligus merapatkan jurang pendidikan murid di bandar dan luar bandar. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 JUN 2024.

Katanya, perkara itu juga telah diputuskan dalam satu perjumpaan melibatkan MBI, Majlis Sukan Negeri (MSN), dan pihak pengurusan Perak FC pada bulan lalu.

Khairudin berkata, susulan itu juga Perak FC akan berbincang dan mengusulkan dua cadangan pilihan venue perlawanan alternatif kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam tempoh terdekat bagi diputuskan.

“Kaedah pertama yang diusulkan adalah supaya skuad Perak FC dapat beraksi di Stadium Manjung.

“Walau bagaimanapun, dari segi pencahayaan lampu limpah di stadium berkenaan, ia tidak menepati spesifikasi daripada MFL dan itu memerlukan kerja-kerja penambahbaikkan pencahayaan.

“Cadang kedua pula adalah untuk Perak FC beraksi di gelanggang lawan. Namun kita mengharapkan cadangan venue Stadium Manjung dapat diambil supaya para penyokong The Bos Gaurus boleh hadir memberi sokongan kepada pasukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Perasmian Program Hijrah Insaniah di Sekolah Izzuddin Shah, dekat sini, pada Selasa.

Perak fc stadium perak the bos gaurus skuad exco perak Khairudin Abu Hanipah bola sepak gelanggang
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah (tengah) menyerahkan surat tawaran kepada pelajar pada Majlis Perasmian Program Hijrah Insaniah Yayasan Perak di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh.
Program Hijrah Insaniah ini bertujuan untuk membangunkan modal insan di kalangan murid luar bandar dengan menyediakan persekitaran pembelajaran yang lebih kondusif sekaligus merapatkan jurang pendidikan murid di bandar dan luar bandar. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 JUN 2024.

Dalam pada itu, Khairudin menjelaskan, kerja-kerja naik taraf harus dilakukan pada November ekoran Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) yang akan berlangsung pada Oktober.

“Temasya sukan itu melibatkan hampir 2,000 peserta daripada pelbagai kontinjen. Dan kita tidak mahu Jabatan Belia dan Sukan Perak terpaksa menukar vanue (susulan kerja-kerja naik taraf Stadium Perak),” ujarnya lagi.

Perak fc stadium perak the bos gaurus skuad exco perak Khairudin Abu Hanipah bola sepak
Stadium Perak, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 JUN 2024.

Sebelum ini, isu gelanggang Perak FC untuk aksi Liga Super menjadi teka-teki selepas Stadium Perak dilaporkan akan menjalani proses naik taraf yang meliputi kerja-kerja penukaran rumput baharu jenis ‘Zeon Zoysia’ serta sistem saliran padang.

Pada Februari media melaporkan Pengurusan Perak FC mencadangkan agar penukaran rumput baharu di padang Stadium Perak dilaksanakan pada penghujung musim. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Stadium MPM atau Stadium Perak masih belum capai kata putus

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI