Perak ganda usaha promosi ‘Pangkor Laut Festival 2026’

IPOH – Kerajaan Negeri Perak akan bekerjasama dengan Tourism Malaysia dalam menggandakan usaha mempromosi ‘Pangkor Laut Festival 2026’ yang bakal dianjurkan hujung tahun ini.

Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Loh Sze Yee berkata, ia sebagai salah satu usaha kerajaan negeri melalui Tourism Perak dalam merancakkan pelancongan di pulau bebas cukai berkenaan.

Menurut beliau, acara tahunan itu bukan sahaja melibatkan penyertaan tempatan malah dari luar negera seperti Taiwan, Indonesia, Thailand dan lain-lain.

“Untuk tahun ini kita telah berbincang dengan Tourism Malaysia untuk menggandakan penglibatan peserta termasuk dari luar negara untuk menyertai ‘Pangkor Laut Festival 2026’ berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee ketika sidang media pada Majlis Perasmian Golden Century Travel Fair di Pusat Membeli-Belah Ipoh Parade, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 09 JANUARI 2026.

“Festival ini menceritakan kehidupan orang pulau sebenar bukan seperti yang dipaparkan untuk tujuan komersial dan ini turut menarik minat pelancong berkunjung ke Pulau Pangkor,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir ke Majlis Perasmian Golden Century Travel Fair di Pusat Membeli-Belah Ipoh Parade, di sini, pada Jumaat.

Sze Yee berkata, selain ‘Pangkor Laut Festival 2026’ kerajaan negeri juga akan memperbanyakkan lagi program-program pelancongan di Pulau Pangkor.

“Untuk Pulau Pangkor Kerajaan Negeri Perak akan perbanyakkan lagi program-program di sana mengikut kapasiti termasuk mendapatkan kerjasama dengan Tourism Malaysia,” katanya. -MG Perak

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI