Perak kenakan tindakan mahkamah tangani wabak denggi

IPOH – Kerajaan Perak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik premis tidak berpenghuni yang menjadi punca penularan wabak denggi di negeri ini.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional, A Sivanesan berkata, tindakan itu akan diambil ke atas pemilik tanah dan premis kosong yang gagal membersihkan kawasan mereka dalam tempoh lima hingga tujuh hari selepas notis dikeluarkan.

Menurutnya, ia akan dilaksanakan mengikut Seksyen 8 Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit (APSPP) 1975.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional, A Sivanesan berkata, pemilik tanah dan premis kosong yang gagal membersihkan kawasan mereka dalam tempoh lima hingga tujuh hari selepas notis dikeluarkan akan dikenakan tindakan undang-undang.

“Isu berkaitan lot-lot kosong yang berisiko menjadi lokasi pembiakan Aedes kerana tidak diuruskan dengan baik oleh pemilik telah kerap kali dibincangkan.

“Pada mesyuarat kali ini, perincian dan pemurnian penggunaan Seksyen 8 APSPP 1975 telah dibincankan untuk menjadi sebagai salah satu langkah penguatkuasaan ke atas lot-lot kosong yang tidak diuruskan dengan baik sehingga menyebabkan menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

“Justeru, pembersihan lot-lot ini mesti dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan. Jika gagal, pemilik akan didakwa di mahkamah.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Denggi Peringkat Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Sivanesan berkata, pemilik pemilik boleh dikenakan denda maksimum RM10,000 atau penjara dua tahun, atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan pertama.

“Bagi kesalahan berulang, denda boleh mencecah sehingga RM50,000 atau penjara lima tahun, atau kedua-duanya sekali.

“Bagaimanapun, untuk pemilik premis yang sukar dikesan, pihak berkuasa akan melakukan carian melalui pejabat daerah dan tanah dan Kerajaan negeri turut mencadangkan supaya bayaran carian maklumat pemilik, yang biasanya dikenakan antara RM40 hingga RM60, dikecualikan untuk kes-kes yang berkepentingan awam.

“Jika pemilik masih tidak dapat dikesan dan premis tidak dibersihkan, kerajaan negeri boleh mendapatkan perintah Mahkamah Sesyen untuk memasuki dan membersihkan kawasan tersebut,” jelasnya.

Katanya, pemilik yang gagal membayar cukai tanah dan cukai pintu juga akan dikenakan tindakan undang-undang, termasuk kemungkinan harta tersebut dirampas dan dilelong.

Sementara itu, Sivanesan memaklumkan, jumlah kes denggi di Perak mencatatkan penurunan yang ketara. Sehingga Minggu Epidemiologi 13, hanya 780 kes denggi dilaporkan di seluruh negeri berbanding 2,457 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

13 kematian akibat demam denggi di Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI