Perak komited bangunkan sukan belia Orang Asli, bola sepak jadi medium

TANJUNG MALIM – Perak menegaskan komitmen berterusan dalam memastikan masyarakat Orang Asli tidak dipinggirkan dalam arus pembangunan negeri, termasuk dalam usaha memperkasakan sektor sukan belia.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, pembangunan sukan bukan sahaja berperanan sebagai platform dalam mencungkil bakat, malah menjadi medium penyatuan komuniti setempat.

Katanya, ketika ini kerajaan negeri dalam usaha menghidupkan semula ekosistem bola sepak Perak dengan membuka ruang lebih luas kepada bakat-bakat baharu di peringkat akar umbi, termasuk dari kampung-kampung masyarakat Orang Asli.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada majlis perasmian Pertandingan Bola Sepak Belia Mai Hik (Tertutup Tanjong Malim) 2025 di Kampung Orang Asli Sungai Jentong, Trolak. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 DISEMBER 2025.

“Kita sekarang kembali kepada asas atau ‘back to basic’ yang bermakna kita mencari bakat-bakat muda sehingga ke peringkat komuniti kampung, termasuk Orang Asli.

“Mereka yang berbakat, Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) akan ambil dan latih (sehingga mampu menjadi pemain bola sepak profesional).

“Kita yakin bahawa jika ‘belakang parang sekalipun kalau diasah akan tajam’. Oleh itu, jika kita biarkan bakat ini tidak dicungkil, maka ai akan terus tenggelam,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pertandingan Bola Sepak Belia ‘Mai Hik’ 2025 di Kampung Orang Asli Sungai Jentong, Trolak, dekat sini, pada Sabtu.

pembangunan sukan belia Orang Asli Perak sukan belia Orang Asli bola sepak Orang Asli Perak kerajaan negeri Perak Orang Asli Saarani Mohamad sukan belia PAFA bakat muda Perak pembangunan bola sepak Perak Orang Asli dan sukan Belanjawan Perak 2026 sukan
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad merasmikan Pertandingan Bola Sepak Belia Mai Hik (Tertutup Tanjong Malim) 2025 di Kampung Orang Asli Sungai Jentong, Trolak. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 DISEMBER 2025.

Menurut Saarani, antara komitmen kerajaan negeri dalam usaha ini adalah penyaluran peruntukan RM2 juta di bawah Belanjawan Negeri Perak 2026 bagi pembangunan asas bola sepak yang membabitkan bakat muda di setiap daerah.

Kata beliau, peruntukan itu bagi membolehkan PAFA melaksanakan pelbagai acara dan pertandingan sebagai medan pencarian bakat baharu, selaras dengan usaha membangunkan semula bola sepak negeri.

pembangunan sukan belia Orang Asli Perak sukan belia Orang Asli bola sepak Orang Asli Perak kerajaan negeri Perak Orang Asli Saarani Mohamad sukan belia PAFA bakat muda Perak pembangunan bola sepak Perak Orang Asli dan sukan Belanjawan Perak 2026 sukan
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada majlis perasmian Pertandingan Bola Sepak Belia Mai Hik (Tertutup Tanjong Malim) 2025 di Kampung Orang Asli Sungai Jentong, Trolak. Foto ABDULLAH YUSOF, 13 DISEMBER 2025.

Selain itu Saarani memberitahu, kerajaan negeri tidak mempunyai sebarang halangan sekiranya terdapat pihak atau organisasi lain yang turut ingin menganjurkan pertandingan bola sepak khusus melibatkan belia Orang Asli di negeri ini.

“Kita tidak ada masalah kalau ada organisasi yang mahu buat pertandingan antara belia-belia Orang Asli sahaja. Asalkan ada bakat, kita boleh tonjolkan. Kita carilah dana untuk memastikan bakat-bakat ini tidak terpinggir.

“Kita akan panggil PAFA serta para jurulatih bola sepak untuk turun ke kampung-kampung bagi mengenalpasti bakat yang berpotensi untuk diketengahkan ke peringkat lebih besar, termasuk mewakili Perak,” katanya lagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Belanjawan Perak 2026: RM2 juta untuk pembangunan bola sepak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI