Perak komited pastikan kehidupan nelayan Pulau Pangkor selesa, stabil

LUMUT – Kerajaan Negeri Perak sentiasa cakna dengan keperluan serta kebajikan nelayan termasuk menaik taraf penempatan mereka supaya dapat tinggal dalam kediaman yang selesa.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, komuniti nelayan Pulau Pangkor merupakan antara kumpulan yang sentiasa diberi perhatian oleh kerajaan negeri.

Menurutnya, nelayan berdepan pelbagai cabaran setiap hari, bermula daripada ketidaktentuan cuaca, kos operasi yang meningkat, perubahan sumber laut, hinggalah tekanan pasaran.

“Mereka tetap komited untuk turun ke laut bagi memastikan bekalan makanan negara kekal mencukupi dan kerajaan negeri menghargai peranan ini dan komited untuk memastikan kebajikan mereka terus terbela.

“Justeru, Projek Penempatan Semula Nelayan (PNS) adalah salah satu usaha yang digerakkan melalui kerjasama erat antara kerajaan Persekutuan menerusi Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) serta kerajaan negeri.

Perak komited pastikan kehidupan nelayan Pulau Pangkor selesa, stabil
Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berucap pada majlis Penyerahan Kunci Penempatan Semula Nelayan (PSN) Pulau Pangkor Fasa Ke-2 di Arena Terbuka Teluk Gedung, Pulau Pangkor. di Foto ABDULLAH YUSOF, 11 DISEMBER 2025.

“Projek ini dirangka khusus untuk menyediakan kediaman yang lebih teratur, selamat dan kondusif kepada komuniti nelayan serta memberi peluang kepada mereka menikmati kehidupan yang lebih stabil, terancang dan sejahtera,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun.

Beliau mewakili Saarani pada Majlis Penyerahan Kunci Penempatan Semula Nelayan (PSN) Pulau Pangkor Fasa Ke-2 di Arena Terbuka Teluk Gedung, Pulau Pangkor pada Khamis.

Hadir sama, Pengerusi LKIM, Muhammad Faiz Fadzil dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata, sebanyak 139 unit kediaman telah dibina di Teluk Baharu dengan peruntukan RM24.4 juta dengan 90 unit, telah diserahkan pada tahun 2019 dan 2022.

“Pada hari ini pula, sebanyak 49 unit lagi diserahkan kepada penerima yang layak. Kerajaan turut menyediakan 39 unit rumah transit di Pasir Bogak sebagai sokongan sebelum proses penempatan kekal dilaksanakan sepenuhnya.

“Pemilihan penerima dibuat secara telus melalui Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Pulau Pangkor bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak menerima manfaat projek ini,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kerajaan peruntuk RM190 juta laksana 13 projek khas perumahan nelayan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI