Perak komited perkukuh agenda perkasa wanita melalui pelbagai program

IPOH – Kerajaan Negeri Perak menegaskan komitmen berterusan untuk memperkukuh agenda pemerkasaan golongan wanita melalui pelbagai inisiatif pembangunan sosial dan ekonomi.

Exco Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, wanita bukan sahaja perlu diberi ruang, malah mereka adalah pemacu utama ke arah negeri yang lebih makmur dan sejahtera.

pemerkasaan wanita Perak program wanita Perak Salbiah Mohamed wanita Wanita Perak inisiatif agenda pembangunan wanita Perak pemerkasaan wanita negeri
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berucap pada Majlis Libat Urus dan Apresiasi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak di Weil Hotel, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 NOVEMBER 2025.

“Kerajaan negeri akan memastikan tiada kumpulan diketepikan, kerana setiap suara, setiap peranan, dan setiap tangan yang bekerja mempunyai nilai dan impak tersendiri

“Itulah keindahan gerakan wanita di Perak, kita bersatu daripada pelbagai bakat dan kepakaran, tetapi mempunyai satu tekad yang sama. Kesatuan wanita Perak adalah aset negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Libat Urus dan Apresiasi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat di Hotel Weil, dekat sini, pada Jumaat.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed ketika hadir pada Majlis Libat Urus dan Apresiasi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak di Weil Hotel, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 NOVEMBER 2025.

Hadir sama,Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Halizah Sipun serta Pengarah Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Perak (Wanita Perak), Jamilah Zakaria.

Salbiah berkata, pemerkasaan agenda wanita di negeri ini kini berada pada landasan yang kukuh selepas empat tahun penubuhan Wanita Perak yang menjadi nadi kepada pelaksanaan pelbagai program.

Kata beliau, kejayaan yang dicapai hari ini juga adalah hasil kerjasama erat melibatkan pelbagai agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) serta komuniti, yang turut menggerakkan pelbagai program pembangunan wanita sepanjang tahun.

“Pelbagai program pengupayaan wanita dan masyarakat turut dilaksanakan dengan tujuan untuk meningkatkan keselamatan sosial, memperkukuhkan daya tahan ekonomi, memperluas kemahiran, dan memantapkan kepimpinan wanita di peringkat komuniti.

“Selain itu ia juga bertujuan untuk membudayakan kepekaan terhadap isu-isu sosial semasa, serta pelbagai program turut telah dilaksanakan bagi menjamin objektif kejayaan pelaksanaan program (pemerkasaan wanita Perak) ini dapat dicapai,” katanya lagi.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed menyampaikan cenderahati pada Majlis Libat Urus dan Apresiasi Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat Negeri Perak di Weil Hotel, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 21 NOVEMBER 2025.

Dalam pada itu Salbiah berkata, wanita masa kini bukan sahaja berperanan dalam rumah tangga, tetapi dalam bidang pendidikan, ekonomi, pentadbiran, sains teknologi, sosial dan pembangunan komuniti.

Kata beliau, wanita Perak juga pada hari ini telah membuktikan bahawa mereka mampu menjadi peneraju dalam pelbagai bidang di samping berfungsi sebagai nadi yang menggerakkan perubahan.

“Wanita Perak bukan sekadar mengisi ruang, tetapi mencipta ruang baharu untuk kemajuan negeri.

“Berilah pandangan, idea dan pedoman, InsyaAllah kami sentiasa terbuka untuk mendengar agar pelbagai usaha ke arah memperkasa wanita dapat kita jayakan bersama,” ujarnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

11 usul dibahas Persidangan Perundingan Wanita Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI