Perak lokasi pertama PMR 2026, bakal dirasmikan PM

IPOH – Perak dipilih sebagai lokasi pertama penganjuran Program MADANI Rakyat (PMR) 2026 bertemakan, ‘Bandar Lestari, Perumahan Berkualiti, Komuniti Harmoni’ yang akan berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah di sini dari 3 hingga 5 April depan.

Sekretariat PMR 2026 dalam satu kenyataan memaklumkan, program flagship itu diteruskan selepas mencatat sambutan amat memberangsangkan di lapan negeri sepanjang tahun lalu.

Menurutnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyempurnakan majlis perasmian program berkenaan pada Sabtu, 4 April.

Menurut kenyataan itu, penganjuran PMR 2026 tampil dengan suntikan elemen baharu bagi terus mendekatkan kerajaan dengan rakyat melalui penyampaian perkhidmatan secara langsung serta pelbagai pengisian yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Tambahnya, program berkenaan diselaraskan oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) selaku sekretariat induk dengan kerjasama strategik kementerian, agensi serta kerajaan negeri.

“Bagi edisi Perak, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) bertindak sebagai kementerian peneraju, manakala kerajaan negeri berperanan sebagai tuan rumah.

“Mengangkat tema ‘Bandar Lestari, Perumahan Berkualiti, Komuniti Harmoni’, PMR 2026 Perak menzahirkan aspirasi kerajaan dalam mengintegrasikan pembangunan fizikal dengan kesejahteraan rakyat melalui pembangunan bandar mampan, penyediaan perumahan berkualiti serta pembentukan komuniti harmoni.

“Aspirasi ini juga selari dengan Pelan Perak Sejahtera 2030 yang menekankan aspek kesejahteraan komuniti, perumahan dan pembangunan bandar,“ katanya pada Rabu.

Kenyataan itu turut memaklumkan, pelbagai pengisian menarik disediakan kepada pengunjung sepanjang tiga hari program itu berlangsung.

“Antaranya, termasuk perkhidmatan kerajaan, inisiatif kesejahteraan rakyat, perkhidmatan kesihatan, Jualan Rahmah MADANI dan Jualan Agro MADANI, peluang pekerjaan, festival makanan tempatan serta jualan usahawan.

“Selain itu, turut diadakan program pertukaran topi keledar, pertukaran minyak enjin motosikal percuma, gunting rambut percuma, pengagihan biji benih dan anak pokok serta pameran aset pertahanan dan keselamatan.

“Penganjuran kali ini juga memberi penekanan kepada penglibatan aktif syarikat erkaitan kerajaan (GLC) dan komuniti setempat bagi memperluas capaian serta manfaat kepada rakyat,“ ujarnya.

Dalam pada itu, kenyataan tersebut berkata, PMR 2026 Perak menjadi platform interaksi lebih inklusif antara Kerajaan dan rakyat, sekali gus membuka ruang kepada orang ramai untuk bertemu secara langsung dengan kepimpinan tertinggi negara

Program ini akan beroperasi dari jam 9 pagi hingga 10 malam pada Jumaat dan Sabtu (3 dan 4 April), manakala pada Ahad (5 April) dari jam 9 pagi hingga 6 petang. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

PMR 2025 Perak: 183 termasuk dua OKU dapat kerja

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI