Perak mohon NRES tetapkan kaedah lombong NR-REE

IPOH – Kerajaan Negeri Perak meminta Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) mengadakan satu ketetapan bagi menentukan kaedah dan syarat kelayakan untuk sesebuah syarikat melakukan aktiviti perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE).

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, ia susulan kerajaan negeri telah menerima permohonan daripada beberapa syarikat tempatan yang mula menunjukkan minat untuk melakukan aktiviti itu di Mukim Kenering, Hulu Perak.

“Kita harus pastikan bahawa ia akan mematuhi prosedur operasi standard (SOP). Jadi syarikat-syarikat berkaitan mestilah yang ada kepakaran dari aspek perlombongan NR-REE itu.

“Dan yang kedua adalah, syarikat (yang berminat untuk terlibat dalam aktiviti perlombongan itu di Hulu Perak) harus ada sumber kewangan yang kukuh.

“Ini kerana aktiviti perlombongan bahan mineral berkenaan memerlukan satu perbelanjaan yang besar,” katanya.

Kerajaan negeri perak Perak mohon NRES adakan ketetapan tentukan kaedah lombong NR-REE kementerian perlombongan radioaktif Menteri Besar Datuk Seri Saarani
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad mendengar aduan orang ramai pada Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak Siri 5 Tahun 2024 di Dewan Bankuet, Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Rabu. Foto ABDULLAH YUSOF, 03 JULAI 2024.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas hadir ke program Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Siri Ke-lima 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, pada Rabu.

Saarani sebelum itu diminta mengulas berkenaan laporan media berhubung laporan media berkenaan beberapa syarikat sudah menunjukkan minat untuk memproses NR-REE di Mukim Kenering.

Media melaporkan Menteri NRES, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, bagaimanapun perkara itu masih dalam proses perbincangan.

Pada Selasa, Saarani antara barisan menteri besar dan ketua menteri yang menghadiri Mesyuarat Majlis Mineral Negara Ke-3 (MMN Ke-3) di bangunan Parlimen, Ibu Negara.

Ia dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri yang juga yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

NR-REE: Perak tumpu pembangunan industri hasilkan produk akhir

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI