Perak mohon RM10 juta, perkasakan lagi TVET tahun hadapan

IPOH – Kerajaan Negeri Perak telah mengusulkan permohonan peruntukan RM10 juta daripada kerajaan Persekutuan sebagai memperkasakan lagi program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bermula tahun hadapan.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, peruntukan itu telah dipohon kerajaan negeri kepada Timbalan Perdana Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa TVET Negara, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Perak memperkasakan TVET tahun hadapan kerajaan negeri Saarani Program Tanya Cikgu Saarani negara pelajar ibu bapa
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad pada sidang media Finale Tanya Cikgu Saarani 2024 di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 09 DISEMBER 2024.

Katanya, sekiranya diluluskan, ia akan disalurkan kepada Program Tanya Cikgu Saarani yang akan melibatkan penganjuran program serta aktiviti untuk golongan sasar bersama institusi serta penggiat industri TVET.

“Wujud situasi di mana masih ada segelintir pelajar yang tidak mahu ke sekolah kerana mungkin sistem kita yang terlalu berorientasikan peperiksaan sahaja.

“Oleh itu melalui usaha ini, kita bukan sahaja akan hanya mengadakan siri ceramah berkenaan TVET, malah kita juga akan bawa segala pameran yang berkaitan di semua daerah di negeri ini.

“Di samping itu institusi berkaitan TVET akan terlibat sama, serta kita juga akan membawa ikon-ikon (untuk menarik minat lebih ramai golongan muda menyertai TVET),” katanya.

Perak memperkasakan TVET tahun hadapan kerajaan negeri Saarani Program Tanya Cikgu Saarani negara pelajar ibu bapa
Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad pada Finale Tanya Cikgu Saarani 2024 di Stadium Indera Mulia, Ipoh.
Turut hadir, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Darul Ridzuan Dr Maisarah Ahmad. Foto ABDULLAH YUSOF, 09 DISEMBER 2024.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Program Siri Jelajah Akhir Program Tanya Cikgu Saarani 2024 di Stadium Indera Mulia, di sini pada Isnin.

Hadir sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah; Pengarah Pendidikan Negeri, Safuan Raba’ai serta Ketua Eksekutif, Institut Darul Ridzuan (IDR), Dr. Maisarah Ahmad.

Perak memperkasakan TVET tahun hadapan kerajaan negeri Saarani Program Tanya Cikgu Saarani negara pelajar ibu bapa
Antara pelajar yang hadir pada Finale Tanya Cikgu Saarani 2024 di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 09 DISEMBER 2024.

Mengulas lanjut Saarani memberitahu, jelajah Program Tanya Cikgu Saarani tahun hadapan bukan sahaja akan melibatkan pelajar, malah akan turut membabitkan penyertaan ibu bapa.

Jelas beliau, ia sebagai usaha kerajaan negeri dalam menyebarluaskan serta memberi penerangan kepada ibu bapa tentang peluang serta potensi dalam dunia TVET.

Menurut beliau lagi, langkah memperkasa bidang berkenaan itu juga menjadi pemangkin kepada pelaksanaan projek berimpak tinggi di negeri ini, termasuk Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV) di Proton City, Tanjung Malim; Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC), Lumut dan Taman Perindustrian Bersepadu Hijau Kerian (KIGIP), Kerian.

Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad berkongsi pengalaman dan pandangan pada Finale Tanya Cikgu Saarani 2024 di Stadium Indera Mulia, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 09 DISEMBER 2024.

“Ada orang yang memiliki ijazah sarjana muda kejuruteraan jentera, tetapi untuk membolehkan dia menjadi seorang mekanik baik dia perlu ada sijil kemahiran.

“Oleh itu jangan ada tanggapan yang membezakan antara orang yang masuk universiti dengan institusi TVET,” katanya lagi.

Untuk rekod, terdapat lebih 100 institusi pengajian tinggi (IPT) di Perak dengan 62 daripadanya menyediakan latihan dan subjek TVET.

Dalam perkembangan sama, Saarani berkata Program Tanya Cikgu Saarani 2024 telah melibatkan penyertaan 3,638 pelajar, 967 pendidik, 62 IPT serta 220 sekolah melalui enam siri jelajah di seluruh negeri.

Ujar beliau, program itu antaranya membincangkan isu-isu pendidikan dan sosial secara terbuka, melatih pelajar untuk berani menyuarakan pendapat serta memperkukuhkan hubungan antara kerajaan negeri, institusi pendidikan, dan masyarakat. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Perak peruntuk RM6.5 juta untuk pembangunan TVET

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI