Perak negeri popular pilihan pelancong domestik

KAMPAR – Perak menduduki tempat pertama dalam senarai lima destinasi paling popular dalam kalangan pelancong domestik bagi tahun lalu, mengatasi Selangor dan Pahang.

Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri, Loh Sze Yee berkata, berdasarkan laporan Survei Pelancongan Domestik 2024 yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), Perak mencatatkan kehadiran seramai 10.2 juta pelancong domestik.

Katanya, laporan yang diterbitkan pada Khamis itu menunjukkan Selangor dan Pahang masing-masing mencatatkan 9.6 juta dan 9.5 juta pelancong domestik.

Perak destinasi pelancongan domestik pelancongan perak Tahun Melawat Perak 2024, pelancongan Perak, DOSM pelancongan domestik, Teluk Batik Pangkor, jumlah pelancong Malaysia 2024, daerah tumpuan pelancongan, Ipoh Night Market, Tourism Malaysia Perak, statistik pelancongan negeri
Persembahan paluan kompang ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette pada program Perarakan Kebudayaan dan Car Free Day Kampar Tahun 2025 di Jalan Bukit, Kampar, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 JUN 2025.

“Sebelum ini, Perak merekodkan peningkatan ketara kehadiran pelancong antarabangsa sebanyak tiga kali ganda. Kali ini, kita berjaya menjadi juara dalam kategori pelancongan domestik pula.

“Pencapaian ini merupakan hasil usaha bersama antara agensi kerajaan negeri dan Persekutuan, pemain industri pelancongan, pihak berkuasa tempatan (PBT), pejabat daerah dan tanah (PDT) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menjayakan kempen Tahun Melawat Perak 2024.

“Kejayaan itu turut disumbang oleh kerjasama erat antara kerajaan negeri dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC),” katanya.

Perak destinasi pelancongan domestik pelancongan perak Tahun Melawat Perak 2024, pelancongan Perak, DOSM pelancongan domestik, Teluk Batik Pangkor, jumlah pelancong Malaysia 2024, daerah tumpuan pelancongan, Ipoh Night Market, Tourism Malaysia Perak, statistik pelancongan negeri
Exco Pelancongan, Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee hadir pada program Perarakan Kebudayaan dan Car Free Day Kampar Tahun 2025 di Jalan Bukit, Kampar, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 JUN 2025.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Perarakan Kebudayaan Kampar dan Hari Tanpa Kenderaan anjuran Majlis Daerah Kampar, di sini pada Sabtu.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah Promosi II Tourism Malaysia, Samuel Lee Thai Hung serta Pegawai Daerah Kampar, Nazrul Fazami Mohamad.

Menurut Survei Pelancongan Domestik 2024, lima daerah di Perak yang menjadi tumpuan pelancong ialah Kinta, Larut Matang dan Selama, Manjung, Kuala Kangsar serta Batang Padang.

Manakala destinasi pelancongan popular pula termasuk Teluk Batik, Lumut Waterfront, Ipoh Night Market, Taman Rekreasi Gunung Lang serta Pulau Pangkor.

Perak destinasi pelancongan domestik pelancongan perak Tahun Melawat Perak 2024, pelancongan Perak, DOSM pelancongan domestik, Teluk Batik Pangkor, jumlah pelancong Malaysia 2024, daerah tumpuan pelancongan, Ipoh Night Market, Tourism Malaysia Perak, statistik pelancongan negeri
Persembahan tradisional kaum India ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette pada program Perarakan Kebudayaan dan Car Free Day Kampar Tahun 2025 di Jalan Bukit, Kampar, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 JUN 2025.

Mengulas lanjut, Sze Yee berkata, pencapaian itu mencerminkan keberkesanan kempen Tahun Melawat Perak 2024 apabila ia mencatat peningkatan 36.1 peratus kedatangan pelancong domestik berbanding tahun sebelumnya.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pihak dapat terus mengekalkan momentum tersebut bagi menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026).

Persembahan kebudayaan kaum cina ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette pada program Perarakan Kebudayaan dan Car Free Day Kampar Tahun 2025 di Jalan Bukit, Kampar, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 21 JUN 2025.

“Pada tahun lalu, kita bersaing sengit dengan kempen Tahun Melawat Melaka, Kelantan dan Perlis.

“Namun menjelang 2026, semua negeri dari utara hingga ke timur akan turut bersaing. Maka, kita tiada pilihan selain mengekalkan momentum kejayaan ini,” ujarnya lagi.

Terdahulu, beliau turut menyertai lebih 1,000 pengunjung menyaksikan perarakan dan persembahan kebudayaan melibatkan lebih 2,000 peserta mewakili masyarakat Melayu, Cina, India dan Orang Asli. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Gerik Megatrails disasar jadi acara antarabangsa pelancongan sukan lasak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI