Perak perketat syarat pindah hak milik tanah elak berlaku penyelewengan

IPOH – Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Perak telah mengambil langkah sewajarnya dengan memperketatkan sistem keselamatan urusan pindah milik tanah menerusi aplikasi e-Tanah dan mengemukakan geran hak milik tanah yang asal sahaja.

Pengarahnya, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip berkata, langkah itu diambil bagi mengelakkan berlakunya isu penyelewengan dalam urusan pemindahan hak milik tanah seperti mana yang berlaku di Selangor baru-baru ini.

Menurutnya, langkah kawalan keselamatan melalui pendaftaran identiti digital (ID) melibatkan pegawai dan kakitangan PTG turut dilaksanakan supaya proses permohonan pindah milik tanah dapat dilindungi tanpa berlaku salah guna kuasa.

“Kita mengambil pengajaran semasa kita menukar daripada pada manual kepada Sistem Pendaftaran Tanah Berkomputer (SPTB) daripada situ juga kita dapati berlaku kadang-kadang yang boleh mengakibatkan ruang dan peluang untuk mereka menukar nama.

“Selepas kita belajar daripada kesilapan itu, kita berunding dengan vendor untuk e-Tanah ini supaya langkah keselamatan diperketatkan dan proses pindah milik tanah tidak berlaku sewenang-wenangnya,“ katanya.

Perak perketat syarat pindah hak milik tanah elak berlaku penyelewengan
Pengarah Tanah Dan Galian Perak, Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip. Foto ABDULLAH YUSOF, 25 JANUARI 2025.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri perasmian Hari e-Tanah Negeri Perak yang disempurnakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad di Stadium Indera Mulia, di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad Fariz yakin perubahan dari sistem manual ke digitalisasi mampu menjadikan urusan berkaitan tanah dilakukan dengan lebih selamat.

“Kita yakini bahawa protection (perlindungan) berkenaan dan pengajaran yang diperolehi semasa kita menukar kepada SPTB dulu, maka Alhamdulillah setakat ini saya nak kata 100 peratus tak, tapi setakat ini Alhamdulillah kita berjaya mengawal sebarang bentuk salah laku mahupun kesempatan melalui ruang elektronik,“ ujarnya.

Pada 10 Januari lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf dilaporkan berkata, seramai 17 individu termasuk tujuh penjawat awam dari sebuah PTG di Selangor berumur antara 26 hingga 59 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kegiatan pindah milik tanah secara tidak sah di pejabat berkenaan.

Ramli berkata, mereka yang ditahan secara berasingan sejak Sept lepas itu disyaki terbabit kartel pindah milik tanah, dengan tujuh kes disiasat membabitkan tanah seluas 21 ekar atau lebih 9.4 hektar dengan nilai kerugian keseluruhan berjumlah RM7.1 juta. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

PTG Perak telah tambah baik pengurusan – Saarani

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI