Perak perkukuh pendidikan digital, galak generasi muda teraju ekonomi teknologi

IPOH – Kerajaan Negeri Perak melalui Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Petubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sentiasa memperkukuh pendidikan digital, memperkenalkan program berkaitan kecerdasan buatan (AI), serta menggalakkan penyertaan komuniti dalam pelbagai bidang berasaskan teknologi.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, usaha ini digerakkan supaya rakyat, khususnya generasi muda, dapat menyesuaikan diri dengan perubahan dan menjadi peneraju kepada ekonomi digital negeri.

Menurutnya, setiap dasar dan tindakan yang dilaksanakan hari ini adalah pelaburan untuk masa depan generasi pada masa hadapan.

“Dalam ekonomi digital masa kini, peluang terbuka luas untuk generasi muda membina perniagaan berasaskan teknologi, membangunkan aplikasi dan menghasilkan penyelesaian inovatif.

“Dunia digital bukan lagi bidang masa depan, tetapi realiti hari ini yang menentukan daya saing dan kemajuan sesebuah negeri,” katanya.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi Helmi mewakili Saarani pada Majlis Pelancaran aplikasi Momentum by MojoNation.Ai di Hotel Travelodge di sini malam ini.

Perak perkukuh pendidikan digital, galak generasi muda teraju ekonomi teknologi
Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi Helmi berucap pada Majlis Pelancaran Momentum Ekosistem Kecerdasan buatan (AI) MojoNation dengan kerjasama EdQuest International School & Rochford’s Education di Hotel Travelodge, Ipoh, pada Sabtu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 08 NOVEMBER 2025.

Hadir sama, Pengasas EdQuest International School dan Rochford’s Education, Harry Seggu.

Beliau turut menzahirkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada Harry serta seluruh pasukan Momentum by Mojonation.Ai, EdQuest International School dan Rochford’s Education atas inisiatif berimpak tinggi ini yang menggabungkan semangat pendidikan, inovasi dan teknologi dalam satu ekosistem progresif.

Dalam pada itu, Saarani berkata, kerajaan negeri juga menyedari bahawa ramai anak muda berbakat terpaksa berhijrah ke luar negeri untuk mencari peluang yang lebih luas.

“Fenomena ini merugikan negeri kerana tenaga mahir yang dilahirkan di Perak akhirnya menyumbang kepada pembangunan di tempat lain.

“Maka, inisiatif seperti Momentum amat penting kerana membuka ruang kepada anak-anak Perak untuk membina kerjaya dan menyerlahkan potensi mereka di tanah kelahiran sendiri,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak cadang kerjasama strategik dengan EdQuest bangunkan pendidikan digital

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI