Perak peruntuk RM200,000 didik belia cegah dadah

IPOH – Kerajaan negeri Perak menyalurkan peruntukan RM200,000 kepada Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (Pemadam) Perak dalam usaha mengekang penyalahgunaan dadah khususnya dalam kalangan pelajar sekolah.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, peruntukan itu akan diserahkan kepada Pengerusi Pemadam di daerah dan disalurkan di sekolah terpilih untuk mengadakan program pencegahan.

Menurutnya, salah satu program yang dianjurkan adalah Kesatria Muda Pemadam Perak melibatkan pelajar-pelajar sekolah di Perak sepanjang tahun ini dengan matlamat untuk mendidik golongan muda mengenai pencegahan dadah sejak dari peringkat awal.

“Program Kesatria Muda ini amat penting kerana ia membentuk pendidikan pencegahan secara berterusan.

“Pendidikan awal adalah kunci kepada pembentukan individu yang kuat dari segi mental dan emosi, agar mereka tidak mudah terpengaruh dengan budaya negatif yang semakin menular dalam masyarakat moden.

“Ini juga seiring dengan usaha negeri untuk melahirkan generasi muda yang sihat, sejahtera, dan berintegriti, selaras dengan visi Perak Sejahtera 2030,” katanya.

Perak peruntuk RM200,000 didik belia cegah dadah
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada Majlis Perasmian Penutup Hari Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Negeri Perak 2024 dI Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 05 OKTOBER 2024.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada Majlis Perasmian Penutup Hari Pemadam Negeri Perak 2024 dan penyempurnaan Program Naik Taraf Muzium Darul Ridzuan Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan, pada Sabtu.

Sementara itu, Saarani berkata, pendidikan pencegahan dadah ini perlu bermula dari rumah dan bergantung kepada pengukuhan sesebuah institusi kekeluargaan.

“Kalau keluarga itu bahagia bahasa komunikasinya baik dia akan mengikat kanak-kanak atau remaja duduk di rumah.

“Tapi kalau rumah tangga yang huru hara berlaku pergaduhan, pertengkaran, jadi kanak-kanak yang rungsing ini akan keluar daripada kediaman dan dia akan cari rakan-rakan yang senasib dengannya.

“Jadi mereka berkumpul di satu tempat berkongsi kesedihan masalah, dengan idea tersendiri akan cuba mencari jalan penyelesaian masalah ini. Salah satunya ialah mengambil barang terlarang ini,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, tingkah laku pelajar di sekolah juga adalah berdasarkan latar belakang mereka di rumah.

Justeru, Saarani berkata, kolaborasi antara sekolah dengan rumah adalah penting bagi memastikan anak-anak ini tidak terjerumus dalam kancah penyalahgunaan dadah. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Ekspresi Dirimu: 90 pelajar Lenggong sertai Program Pemantapan Sahsiah

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI