Perak peruntuk RM232,500 bantuan baucar buku mahasiswa

IPOH – Kerajaan negeri Perak menerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Pengajian Tinggi, dengan kerjasama Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) memperuntukkan RM232,500 bagi Bantuan Baucar Buku Mahasiswa Perak 2024.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, baucar tersebut akan disalurkan secara one-off kepada 1,550 mahasiswa yang layak, bernilai RM150 setiap seorang.

Menurutnya, bantuan tersebut adalah satu inisiatif strategik kerajaan bagi meringankan beban mahasiswa daripada golongan sasar untuk membeli bahan bacaan pengajian.

“Pada masa sama, bantuan ini bertujuan menggalakkan budaya membaca dalam kalangan pelajar, merancakkan industri buku tempatan, dan meringankan beban kewangan ibu bapa.

Perak peruntuk RM232,500 bantuan baucar buku mahasiswa Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika hadir pada sidang media pelancaran Baucar Buku Mahasiswa Anak Perak 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh.
Turut hadir, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 OGOS 2024.

“Penerima yang layak perlu menepati kriteria yang ditetapkan di mana pemohon mestilah warganegara Malaysia kelahiran Perak yang sedang melanjutkan pengajian sepenuh masa dalam tahun pertama.

“Pelajar terbabit perlu dalam keluarga yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM3,000 dan memerlukan keperluan yang mendesak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan Baucar Buku Mahasiswa Anak Perak 2024 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Rabu.

Hadir sama, Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah dan Pengarah PASAK, Aldrin Ng.

Sehubungan itu, Saarani menyeru kepada semua mahasiswa atau ibu bapa yang memenuhi kriteria yang ditetapkan untuk mengambil peluang ini dan membuat permohonan melalui laman sesawang rasmi EHEYN di https://eheyns.com.my, bermula hari ini.

Katanya, baucar buku itu hanya boleh digunakan di kedai buku Popular di seluruh negara.

“Kerajaan negeri akan terus komited untuk mewujudkan lebih banyak program khusus dalam menyediakan sokongan yang diperlukan untuk memastikan anak-anak Perak mendapat akses kepada pendidikan berkualiti,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perasmian Bazar Buku Perak 2024

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI