Perak peruntuk RM6.5 juta untuk pembangunan TVET

IPOH – Kerajaan negeri memperuntukkan RM4 juta bagi operasi dan pelaksanaan program Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) pada Belanjawan Perak 2025 yang dibentangkan pada hari ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, jumlah itu meningkat sebanyak RM500,000 berbanding RM3.5 juta pada tahun lalu.

Menurutnya, selain itu, peruntukan bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) turut ditingkatkan kepada RM6.5 juta iaitu peningkatan RM1 juta berbanding tahun 2024.

“Menyedari peranan penting PASAK dalam membangunkan modal insan serta tumpuan khusus untuk melaksanakan secara menyeluruh agenda Perak Koridor TVET Negara, kerajaan negeri menambah RM500,000 menjadi RM4 juta untuk operasi dan pelaksanaan program PASAK.

“Justeru, kerajaan negeri menerusi PASAK turut memperkenalkan program baharu iaitu TVET Exchange Program Bagi Penjagaan Warga Emas KAIGO dengan kerjasama negara Jepun.

“Pada masa sama, kerajaan negeri akan meneruskan Program Malaysia – China Youth TVET Training yang telah dilaksanakan bermula tahun ini,” katanya ketika membentangkan Belanjawan Perak 2025 pada Mesyuarat Ketiga, Tahun Kedua Dewan Negeri Perak Yang ke-15 di Bangunan Perak Darul Ridzuan, pada Jumaat. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kadar kebolehpasaran graduan TVET KBS catat 95.92 peratus

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI