Perak rancang bangunkan perpustakaan digital

IPOH – Kerajaan Negeri Perak melalui Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri dalam perancangan untuk membangunkan perpustakaan digital.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, bagaimanapun kerajaan negeri sedang memberi penumpuan kepada penambahbaikkan infrastruktur bangunan-bangunan perpustakaan di negeri ini.

“Perkara ini memang dalam perancangan kita yang mana kita sedang menjalankan kerja-kerja perlu, untuk memastikan usaha pembangunan perpustakaan digital dapat direalisasikan nanti,” katanya.

perpustakaan perak perpustakaan digital perak khairudin perpustakaan perak perpustakaan digital perak khairudin perpustakaan perak perpustakaan digital perak khairudin exco perak
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak merangkap Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Perak, Khairudin Abu Hanipah melihat keadaan terkini Perpustakaan Awam Perak pada Lawatan Kerja Pembaikan Bumbung dan Kerja-Kerja Naik Taraf di Blok Utama Perpustakaan, pada jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 JANUARI 2024.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita ketika mengadakan lawatan kerja meninjau perkembangan terkini kerja-kerja naik taraf Perpustakaan Awam Negeri Perak di Jalan Raja Dihilir, dekat sini, pada Jumaat.

Hadir sama, Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri, Rafidah Abdul Aziz.

Mengulas tentang lawatan berkenaan, Khairudin yang juga Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri berkata, bangunan tiga tingkat itu ditutup selama setahun bermula 15 Januari lalu.

Menurut beliau, penutupan sebagai memberi laluan kepada kerja-kerja penambahbaikan dan penyelenggaraan bangunan itu bagi menyelesaikan masalah kerosakan serta kebocoran bumbung untuk keselesaan pengunjung.

Khairudin menjelaskan, kerja-kerja yang melibatkan pembaikan bumbung dan lantai serta pendawaian itu dijadualkan siap pada Mei 2025 dengan kos RM2.7 juta dibawah seliaan Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Semua bahan bacaan yang ada di perpustakaan ini telah ditempatkan semenmtara di dua unit rumah kedai yang kita sewa di sini bagi tujuan keselamatan.

“Selain itu, ada juga bahan-bahan bacaan yang kita hantar ke perpustakaan-perpustakaan cawangan di seluruh negeri.

“Jadi sepanjang penutupan ini, orang ramai boleh berkunjung ke semua perpustakaan cawangan dan desa yang ada di seluruh negeri untuk meneruskan aktiviti mereka khususnya menambah ilmu,” ujarnya.

perpustakaan perak perpustakaan digital perak khairudin perpustakaan perak perpustakaan digital perak khairudin perpustakaan perak perpustakaan digital perak khairudin
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak merangkap Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Perak, Khairudin Abu Hanipah melihat keadaan siling Perpustakaan Awam Perak pada Lawatan Kerja Pembaikan Bumbung dan Kerja-Kerja Naik Taraf di Blok Utama Perpustakaan, pada jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 18 JANUARI 2024.

Dalam perkembangan berasingan, Khairudin berkata, Perak menyambut baik saranan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang meminta pelajar sekolah dan penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) mengikuti program literasi Kecerdasan Buatan (AI).

Walau bagaimanapun, Khairudin berkata kerajaan negeri yakin Kementerian Pendidikan akan mengeluarkan garis panduan yang terbaik untuk usaha itu demi melahirkan insan yang seimbang dengan intelektual, rohani, dan jasmani. -MG Perak

 

Artikel berkaitan:

Jangan halang minat anak sertai polis, tentera

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI