Perak rancang TVET jadi intipati khutbah Jumaat, bantu giat promosi

GERIK – Kerajaan Negeri Perak bercadang  memasukkan perkembangan semasa dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) sebagai intipati khutbah Jumaat dalam masa terdekat.

Menteri Besar,  Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, langkah itu merupakan antara usaha kerajaan negeri untuk terus mempromosi serta memperluaskan pendedahan mengenai potensi bidang berkenaan kepada ibu bapa.

TVET khutbah Jumaat Perak TVET Perak 2025, Saarani Mohamad TVET, khutbah Jumaat TVET, peluang pendidikan TVET, AIM TVET Perak, pendidikan vokasional Perak, program PASAK Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada Majlis Apresiasi Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak Tahun 2025 dan Jelajah AIM TVET Bersama Cikgu Saarani di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II, Gerik, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 JULAI 2025.

“Ada kalanya apabila kita menganjurkan program berkaitan TVET, terdapat kekangan bagi ibu bapa untuk hadir. Secara tidak langsung, maklumat yang hendak disampaikan tidak dapat disebarkan secara meluas.

“Kita telah menggunakan pelbagai saluran untuk mempromosikan TVET termasuk melalui persatuan-persatuan belia.

“Selepas ini, kita akan gunakan masjid pula sebagai medium supaya maklumat sebenar tentang potensi TVET dapat disebarkan lebih meluas,” katanya.

TVET khutbah Jumaat Perak TVET Perak 2025, Saarani Mohamad TVET, khutbah Jumaat TVET, peluang pendidikan TVET, AIM TVET Perak, pendidikan vokasional Perak, program PASAK Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyampaikan sijil penghargaan kepada pelajar cemerlang SPM 2024 pada Majlis Apresiasi Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak Tahun 2025 dan Jelajah AIM TVET Bersama Cikgu Saarani di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II, Gerik, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 JULAI 2025.

Beliau berkata demikian ketika ditemui Malaysia Gazette (MG) Perak pada Majlis Apresiasi Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak dan Jelajah AIM TVET Bersama Cikgu Saarani di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Idris Shah II, dekat sini, pada Jumaat.

Hadir sama, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Perak (Pembelajaran), Nasruddin Zakaria.

Dalam pada itu, Saarani berkata, program Jelajah AIM TVET Bersama Cikgu Saarani yang dianjurkan itu merupakan edisi kedua selepas penganjuran pertama di Tapah pada April lalu.

Menurutnya, pendekatan penganjuran di Hulu Perak sedikit berbeza apabila ia lebih memberi tumpuan kepada kumpulan pelajar berskala kecil yang sebahagian besarnya terdiri daripada masyarakat Orang Asli.

Saarani memaklumkan, Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) bersama Jabatan Pendidikan Negeri akan mengatur jadual untuk mengenal pasti lokasi penganjuran seterusnya supaya lebih ramai masyarakat didedahkan kepada kelebihan bidang TVET.

TVET khutbah Jumaat Perak TVET Perak 2025, Saarani Mohamad TVET, khutbah Jumaat TVET, peluang pendidikan TVET, AIM TVET Perak, pendidikan vokasional Perak, program PASAK Perak
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika sidang media pada Majlis Apresiasi Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Perak Tahun 2025 dan Jelajah AIM TVET Bersama Cikgu Saarani di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Idris Shah II, Gerik, pada Jumaat. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 04 JULAI 2025.

“Apa yang penting, kita mahu ibu bapa memahami bahawa TVET adalah bidang yang wajar menjadi pilihan utama untuk anak-anak mereka.

“Pada masa sama, kita juga mahu anak-anak yang berminat bekerja dalam bidang TVET mengenal pasti institusi pendidikan yang sesuai dengan kehendak mereka,” katanya lagi.

Program Jelajah AIM TVET Bersama Cikgu Saarani merupakan inisiatif kerajaan negeri bagi meningkatkan kesedaran dan pemahaman masyarakat terhadap TVET.

Ia bertujuan memperkenalkan peluang-peluang dalam bidang berkenaan, sekali gus membuka lebih banyak haluan kerjaya kepada golongan belia serta mengubah persepsi negatif terhadap pendidikan teknikal dan vokasional. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Tiga bersaudara warisi ilmu, kemahiran TVET asuhan Politeknik

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI