Perak rangka kerangka pelaksanaan teknologi AI, pelaksanaan awal 2026

IPOH – Kerajaan Negeri Perak sedang merangka kerangka pelaksanaan teknologi kecerdasan buatan (AI) sebagai langkah persediaan untuk menilai potensi dan kesesuaian penggunaannya di negeri ini.

Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi Helmi berkata, inisiatif itu kini di peringkat penyediaan kerangka strategik oleh Digital Perak Corporation Holdings (Digital Perak) sebagai agensi pelaksana negeri.

Katanya, pelaksanaan ke arah usaha itu adalah sebagai langkah untuk memastikan Perak dapat memanfaatkan potensi teknologi AI, selaras dengan pembangunan infrastruktur digital termasuk pelaksanaan rangkaian 5G di negeri ini.

Kerangka AI Perak Teknologi AI Perak, Digital Perak, kerajaan negeri Perak, Mohd Azlan Helmi, Saarani Mohamad, kecerdasan buatan Malaysia, Digital Nasional Berhad, MCMC, Gobind Singh Deo
Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi Helmi pada sidang media majlis perasmian Taklimat Belanjawan 2026 Bersama Komuniti MADANI dan Taklimat Internet Selamat Peringkat Negeri Perak di Auditorium RTM Perak Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 OKTOBER 2025.

Justeru kata beliau, kerajaan negeri optimis bahawa pelaksanaan awal integrasi digital berasaskan AI boleh dimulakan seawal penggal pertama tahun depan, selepas beberapa siri perundingan diadakan.

“Di peringkat kerajaan negeri, Digital Perak bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sudah memulakan inisiatif perbincangan awal dengan Digital Nasional Berhad (DNB) baru-baru ini.

“Usaha lain yang telah digerakkan termasuk kepada penyediaan kertas kerja serta kerangka bagaimana teknologi AI ini boleh diaplikasikan sebagai enjin carian dan sistem sokongan digital di peringkat negeri

“Dua minggu lepas saya menerima kunjungan daripada salah seorang Ahli Lembaga Pengarah DNB dan beliau secara verbal menyatakan kesediaan DNB membantu kerajaan negeri untuk melihat potensi pembangunan AI,” katanya.

Kerangka AI Perak Teknologi AI Perak, Digital Perak, kerajaan negeri Perak, Mohd Azlan Helmi, Saarani Mohamad, kecerdasan buatan Malaysia, Digital Nasional Berhad, MCMC, Gobind Singh Deo
Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi Helmi ketika sesi menyampaikan cenderahati pada majlis perasmian Taklimat Belanjawan 2026 Bersama Komuniti MADANI dan Taklimat Internet Selamat Peringkat Negeri Perak di Auditorium RTM Perak Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 OKTOBER 2025.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Taklimat Belanjawan 2026 Bersama Komuniti MADANI dan Taklimat Internet Selamat Peringkat Negeri Perak di Auditorium RTM Perak Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, di sini, pada Selasa.

Menurut Mohd Azlan, perkara itu juga akan dimaklumkan kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad sebelum siri perbicangan siri kedua dengan pihak berkepentingan diadakan dalam tempoh terdekat.

Kata beliau, selepas ini usaha berkenaan akan dibawa dalam pertemuan dengan Menteri Digital, Gobind Singh Deo sebelum disusuli dengan menandatangani dokumen persetujuan (MoU) antara Digital perak dengan DNB.

Kerangka AI Perak Teknologi AI Perak, Digital Perak, kerajaan negeri Perak, Mohd Azlan Helmi, Saarani Mohamad, kecerdasan buatan Malaysia, Digital Nasional Berhad, MCMC, Gobind Singh Deo
Exco Komunikasi, Multimedia dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Perak, Mohd Azlan Helmi Helmi bergambar bersama peserta pada majlis perasmian Taklimat Belanjawan 2026 Bersama Komuniti MADANI dan Taklimat Internet Selamat Peringkat Negeri Perak di Auditorium RTM Perak Kompleks Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF, 28 OKTOBER 2025.

“Kerangka AI yang sedang diusahakan Digital Perak dijangka akan siap pada November dan kunjungan hormat kerajaan negeri dengan Kementerian Digital serta menteri akan diadakan pada Disember.

“Dalam perbincangan awal bersama Gobind, beliau memberikan respons positif dan teruja dengan hasrat kerajaan negeri dalam ke arah mengintegrasikan teknologi AI di Perak,” jelas Mohd Azlan.

Mengulas lanjut, Mohd Azlan berkata, sebaik kerangka AI dapat dijayakan, kerajaan negeri akan memperluaskan pendekatan itu ke peringkat akar umbi iaitu melalui semua Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di negeri ini.

Kata beliau, NADI akan dijadikan platform utama bagi melatih masyarakat dan 177 Komuniti MADANI di seluruh negeri memahami serta menggunakan teknologi AI secara beretika dan berkesan. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

JAIPk terap teknologi AI, mantap pengurusan hal ehwal Islam

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI