Perak rekod surplus RM85 juta bagi tahun 2025

IPOH – Kerajaan negeri Perak terus mencatatkan lebihan kewangan (surplus) berjumlah RM85 juta bagi tahun 2025.

Sebelum ini, Perak merekodkan surplus sebanyak RM29.6 juta pada 2022, RM62.4 juta pada 2023 dan RM45.6 juta pada 2024.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kejayaan itu adalah hasil kestabilan ekonomi dan kestabilan politik melalui pengurusan negeri yang baik.

“Kedudukan kewangan kita juga semakin kukuh sehingga mampu merekodkan surplus atau lebihan (kewangan) untuk tiga tahun berturut-turut.

“InshaAllah, angka-angka terkini menunjukkan, sebaik kita menutup buku kewangan, kita akan sekali lagi merekodkan surplus bagi tahun 2025,” kataya.

Beliau berkata demikian sewaktu berucap sempena Sambutan Ambang Tahun Baharu  2026 peringkat negeri di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru, di sini malam tadi.

Hadir sama, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim dan Exco Pelancongan, Perindustrian, Pelaburan dan Pembangunan Koridor Perak, Loh Sze Yee.

Perak rekod surplus RM85 juta bagi tahun 2025
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berucap pada Sambutan Ambang Tahun Baru 2026 di Bulatan Sultan Azlan Shah, Ipoh, pada Rabu. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 31 DISEMBER 2025.

Dalam pada itu, Saarani berkata, tahun 2026 pastinya bukan tahun yang mudah memandangkan persekitaran ekonomi global masih tidak menentu ditambah dengan kekangan kos hidup akan terus menekan.

“Perubahan teknologi juga semakin pantas. Kita tidak boleh tertinggal dan ditinggalkan. Kita mesti berani menyahut cabaran dengan keyakinan.

“Kita mesti ada semangat daya saing. Kita mesti berani menerokai ekonomi baharu dan ekonomi masa hadapan,” ujarnya.

Sementara itu, beliau menjelaskan bahawa Perak sentiasa memerlukan idea dan tenaga anak-anak muda dalam membangunkan negeri ini.

“Maka jangan pernah ada rasa gentar, jangan pernah ada rasa ragu kepada kemampuan dan keupayaan diri masing-masing. Isilah diri dengan ilmu dan kemahiran. Terokailah teknologi, kuasailah perubahan. Supaya saudara saudari boleh menguasai masa hadapan.

“Kerana saya dan rakan-rakan dalam pentadbiran selalu percaya dengan sepenuh hati, bahawa masa hadapan Perak berada di tangan anak-anak mudanya dan ugas kami ialah untuk terus membuka jalan, ruang dan peluang supaya anak muda Perak boleh pergi sejauh kemampuan mereka,” katanya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak rekod hatrik surplus, kutipan hasil RM1.24 bilion

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI