Perak SADC, Pak Tam Katering meterai MoU perluas produk makanan ke luar negara

IPOH – Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC), menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Pak Tam Katering Sdn Bhd (Pak Tam Katering) dalam usaha memperluas dan meningkatkan jangkauan produk makanan ke luar negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Perak SADC, Datuk Yahanis Yahya berkata, antara produk makanan yang terlibat adalah, agromakanan, produk sedia dimakan (ready to eat) dan sejuk beku termasuk inovasi produk baharu ke Arab Saudi, Asia Barat dan pasaran halal luar negara.

Menurutnya, Pak Tam Katering adalah syarikat bumiputera yang mengendalikan katering dan menyediakan perkhidmatan makanan di Selangor dan Perak serta berjaya mengorak langkah menembusi pasaran Arab Saudi.

“MoU ini adalah penting bagi meneroka peluang dan manfaat ekonomi yang signifikan termasuk peluang bagi pengusaha pertanian serta pengusaha produk makanan di Malaysia khususnya di Perak.

“Perak SADC komited untuk memperluaskan potensi dalam produk agro makanan, produk sedia untuk dimakan dan sejuk beku dengan inovasi produk yang baru sehingga ke peringkat antarabangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Majlis menandatangani MoU yang diadakan sewaktu Forum Kepimpinan Ekonomi Halal (HELF) 2024 di Riyadh itu melibatkan Yahanis dan Ketua Pegawai Eksekutif Pak Tam Katering Sdn Bhd Muhammad Shazwan Ruslin disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri merangkap Lembaga Pengarah Perak SADC, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim.

Turut menyaksikan MoU tersebut adalah Pengerusi Halal Development Corporation Bhd, Khairul Azwan Harun dan Pengerusi Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, Datuk Seri Dr Awang Adek Hussin.

Dalam pada itu, beliau berkata, Pak Tam Katering mempunyai 12 cawangan rangkaian restoran termasuk satu di Madinah, Arab Saudi.

“Selain itu, ia mempunyai sebuah kilang pemprosesan makanan sejuk beku dan produk sedia di makan (RTE),” jelasnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak SADC rekod pendapatan RM794.8 juta tahun lalu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI