Perak SADC rekod pendapatan RM794.8 juta tahun lalu

IPOH – Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC), merekodkan pendapatan RM794.8 juta sepanjang tahun lalu berbanding RM755 juta pada 2022.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, daripada jumlah itu, Perak SADC mencatatkan keuntungan kasar sebelum audit berjumlah RM43 juta.

Saarani yang juga Pengerusi Perak SADC memaklumkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri itu, turut menyumbang RM55.33 juta sepanjang tahun lalu khusus untuk bantuan kepada kerajaan negeri serta rakyat di Perak.

“Sumbangan berkenaan yang memberi manfaat kepada segenap lapisan rakyat negeri ini adalah berdasarkan kepada kecemerlangan dicapai Perak SADC melalui pengukuhan prestasi kewangan yang merekodkan pendapatan sebanyak RM794.8 juta sepanjang tahun lalu.

“Daripada keseluruhan sumbangan, jumlah terbesar disalurkan Perak SADC adalah melalui pulangan tahunan kepada Kerajaan Negeri iaitu sebanyak RM20 juta.

“Ia bertujuan membantu Kerajaan Negeri melaksanakan pelbagai program pembangunan yang memberi implikasi dan manfaat berterusan untuk kesejahteraan rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir ke Majlis Penyerahan Sumbangan Perak SADC, Perlancaran Pra Pesanan Jualan Rahmah Aidilfitri & Pra Pelancaran Karnival Agropelancongan Perak 2024 (PAC 2024) di Ibu Pejabat Perak SADC, di sini, pada Selasa.

Mengulas lanjut, Saarani berkata, Perak SADC turut menyumbang RM18.8 juta membabitkan Agihan Ladang Rakyat dan Ladang Untuk Rakyat yang telah memanfaatkan 7,123 penerima dengan tujuan membantu mengurangkan kos sara hidup yang semakin meningkat melalui bantuan kewangan secara tunai.

Tambah beliau, sebanyak RM11.76 juta pula disumbangkan untuk pelaksanaan pelbagai program kemasyarakatan termasuklah pelaksanaan Program Komuniti Pertanian Bandar atau Urban Farming Community.

“Selain itu, sebanyak RM4.77 juta disalurkan kepada Program Pembangunan Usahawan Perak yang telah memanfaatkan seramai 1,129 usahawan meliputi pemberian pinjaman tanpa faedah, Geran Usahawan Asnaf, penganjuran Agrofest, Program Pemberdayaan Usahawan Wanita serta beberapa program pemantapan perniagaan dan keusahawanan,” katanya.

Sementara itu, pada majlis berkenaan Saarani turut menyerahkan sumbangan lori Kedai Bergerak Negeri Perak (KBNP) bernilai RM300,000 kepada Yayasan Bina Upaya (YBU) Darul Ridzuan serta menghadiri Majlis Ikrar Dana Peruntukan Subsidi Perak SADC bernilai RM3 juta bagi Program Jualan Kedai Bergerak Negeri Perak 2024 dengan kerjasama Yayasan Bina Upaya (YBU).

Sempena penganjuran Tahun Melawat Perak pada tahun ini, Perak SADC turut mengadakan Karnival Agropelancongan Perak 2024 (PAC 2024) bertempat di Dataran Lenggong dan kawasan sekitar Lenggong pada 17-19 Mei 2024.

PAC 2024 bakal mengetengahkan pelbagai aktiviti dan inisiatif antaranya pameran dan jualan produk agropelancongan, forum konservasi serta jualan produk pertanian dan keusahawanan. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

PPPNP bangunkan Projek Dusun Durian Agrotourism Batu Kurau

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI