Perak salur bantuan awal keluarga nahas FRU

TELUK INTAN – Kerajaan Negeri Perak akan menyalurkan bantuan awal kepada keluarga sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang meninggal dunia dalam nahas jalan raya di Jalan Chikus-Sungai Lampam, dekat sini, pada Selasa.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, sumbangan itu sebagai tanda keperihatinan serta meringankan beban keluarga yang terlibat.

“Sumbangan disalurkan pihak kerajaan negeri adalah bagi sebarang hal berkaitan pengurusan jenazah.

“Dan dalam Masyuarat Exco Kerajaan Negeri akan datang mungkin Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad akan memikirkan bantuan-bantuan lain yang dirasakan perlu disalurkan kepada waris nanti,” katanya.

Beliau berkata ketika ditemui pemberita pada sidang media di Unit Forensik Hospital Teluk Intan, di sini, pada Selasa.

Dalam pada itu, Khairudin yang mewakili Menteri Besar Perak merakamkan ucapan takziah daripada kerajaan negeri kepada ahli keluarga mangsa yang terlibat.

“Diharapkan agar keluarga dan waris tabah menghadapi dugaan yang cukup berat ini.

“Sementara yang mengalami diharapkan agar mereka terus cekal dan didoakan segera diberikan kesembuhan seperti biasa,” katanya lagi.

Terdahulu sembilan anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) maut dalam nahas jalan raya dengan sebuah lori muatan batu di Jalan Chikus-Sungai Lampam di sini pagi tadi.

Kesemua mangsa merupakan anggota lelaki berusia antara 28 dan 46 tahun, terdiri daripada tujuh beragama Islam serta dua berketurunan India dan Orang Asli.

Mereka adalah, Sarjan S. Perumal, 44; Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim, 46; Koperal Mohd Pozli Jaudin, 41; Koperal Nurit a/l Pandak, 34 dan Koperal Amiruddin Zabri, 38.

Turut terbabit, Koperal Mohamad Hilmi Mohd Azlan, 38, Koperal Muhamad Akmal Muhamad, 35, Lans Koperal Damarrulan Abdul Latif, 33, serta Konstabel Akmal Wafi Annuar, 28. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Nahas FRU: Pemandu lori muatan batu ada enam rekod lampau termasuk narkotik

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI