Perak salur RM2.3 juta Program Pemerkasaan Pendidikan

IPOH – Yayasan Perak meneruskan komitmen pemerkasaan pendidikan bagi tahun 2026 di negeri ini dengan peruntukkan lebih RM2.3 juta menerusi kerjasama strategik bersama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Yayasan Perak dalam satu kenyatan media memaklumkan, ia merangkumi kesinambungan program teras serta pelaksanaan inisiatif kolaboratif bersama JPN Perak.

“Ia merangkumi program Motivasi SPM Jelajah Nyalaan Bara Api (JNBA), Inisiatif Buku Rujukan Tambahan SPM, YP Smart Target, YP Eye Sinar, Hijrah Insaniah, serta pelaksanaan Pelan Strategik Pemerkasaan Pendidikan Sejahtera Negeri Perak 2030.

“Yayasan Perak dan Jabatan Pendidikan Negeri Perak yakin bahawa pendekatan bersepadu dan kolaboratif bersama ini bukan sahaja meningkatkan pencapaian akademik murid, malah menyokong pembangunan modal insan secara holistik dan mampan ke arah merealisasikan aspirasi Perak Sejahtera 2030,” katanya dalam kenyataan media pada Rabu.

Terdahulu Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad hadir menyaksikan penyerahan Cek Cura berjumlah RM2.3 juta antara Pengurus Besar Yayasan Perak, Dr. Nasreen Khanum Nawab Zadah Khan dengan Pengarah JPN Perak, Zulkafli Mohamed Mokhtar di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika hadir menyaksikan penyerahan Cek Cura Program Pemerkasaan Pendidikan Negeri Perak Tahun 2026 berjumlah RM2.3 juta di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF 14 JANUARI 2026.

Sementara itu, dalam kenyataan sama, Yayasan Perak berkata, sebagai agensi peneraju pembangunan modal insan negeri, inisiatif tersebut mencerminkan peranan strategiknya dalam memperkasa pendidikan dan pembangunan sosial ke arah kesejahteraan Negeri Perak, selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri dan hala tuju Perak Sejahtera 2030.

Katanya, sepanjang tahun 2025, kerjasama strategik antara Yayasan Perak dan JPN Perak telah menyaksikan pelaksanaan pelbagai program pemerkasaan pendidikan yang memberi manfaat kepada puluhan ribu murid dari ratusan sekolah di seluruh negeri, melibatkan Sektor Pembelajaran, Sektor Pembangunan Murid dan Sektor Pendidikan Islam.

“Antara program utama yang dilaksanakan ialah Program Perak One Third High, melibatkan 28.086 calon SPM 2025 dari 255 buah sekolah, dengan fokus kepada intervensi akademik, sokongan pelajar layak sijil dan peningkatan kadar kelulusan SPM

“Dalam masa yang sama, Program Propulih dan Propulih 2.0 telah membantu lebih 3,600 murid mengatasi isu literasi asas, manakala Program Red Flag Risiko Cicir (RFRC) melibatkan 7,555 pelajar berisiko di 72 buah sekolah bagi mengurangkan risiko keciciran,” katanya.

Bagi pendidikan Islam, Program Kecemerlangan Pendidikan Islam melibatkan 26.363 murid dari 621 buah sekolah melalui pelaksanaan program tuisyen, bengkel kecemerlangan dan seminar bagi memperkukuh pencapaian akademik serta sahsiah pelajar. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI