Perak sasar hasil agromakanan 1.2 bilion kilogram menjelang 2030

IPOH – Perak menyasarkan pengeluaran agromakanan meningkat kepada 1.2 bilion kilogram menjelang tahun 2030, selain memperluas kawasan tanaman daripada 4.6 peratus kepada 11 peratus keluasan negeri.

Exco Pembangunan Luar Bandar, Perladangan, Pertanian dan Industri Makanan Perak, Datuk Mohd Zolkafly Harun berkata, pelbagai langkah strategik sedang digerakkan bagi mencapai sasaran itu, termasuk kerjasama erat bersama agensi persekutuan.

Menurutnya, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan membangunkan hab makanan bersepadu (agrofood hub), selain memberi tumpuan kepada pembinaan generasi pelapis agropreneur muda melalui latihan, insentif dan pembiayaan.

“Transformasi digital juga diberi perhatian dengan pembinaan pangkalan data makanan yang lengkap bagi tujuan ramalan serta kawalan bekalan pasaran secara lebih berkesan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Sallehuddin Abdullah (PN-Selinsing) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Selasa.

Zolkafly yakin, sinergi antara agensi dan kerjasama erat antara agensi berkaitan mampu memastikan Perak terus kekal sebagai negeri pengeluar makanan utama negara, malah berpotensi menjadi pembekal utama makanan pada masa hadapan.

“Kita berharap, usaha ini dapat mengurangkan kebergantungan kepada import sekali gus mengukuhkan keselamatan makanan rakyat di tengah ketidaktentuan ekonomi dan geopolitik dunia,” ujarnya. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Sektor agromakanan diperkukuh menerusi RSN Perak 2040 – Saarani

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI