Perak sasar larangan vape tahun ini

IPOH – Kerajaan Negeri Perak menyasarkan penguatkuasaan berkaitan penggunaan rokok elektronik atau vape dapat dilaksanakan pada tahun ini.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata, beliau telah mengarahkan Pengarah Kesihatan Negeri Perak, Dr Feisul Idzwan Mustapha untuk menyediakan satu kertas kerja berhubung perkara tersebut.

Menurut beliau, mesyuarat bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad dijadualkan berlangsung pada Khamis ini bagi membincangkan dan membuat keputusan berkaitan cadangan penguatkuasaan tersebut.

“Sasaran saya tahun ini juga kita nak kuatkuasakan. Kertas kerja itu perlu dibawa ke Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri untuk diputuskan.

“Kalau tanya saya, anggaran saya lebih kurang Oktober. Tapi Khamis ini kita akan bincang bersama Menteri,“ katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnkan majlis perasmian program Orthopaedic Symposium: Latest Updates and Best Practices in Orthopaedic di Hotel Kinta Riverfront, di sini pada Ahad.

Dalam perkembangan sama, Sivanesan menegaskan bahawa usaha ini merupakan langkah proaktif kerajaan negeri bagi melindungi kesihatan awam dan mengawal penggunaan vape secara lebih berkesan.

“Sudah tentu akan ada pandangan berbeza, ada yang tak puas hati, tetapi jika ia untuk kebaikan rakyat, kita akan teruskan,” jelasnya.

Sebelum ini, Saarani dilaporkan berkata, kerajaan negeri masih memperhalusi dan menjalankan kajian mendalam berhubung cadangan pelaksanaan larangan penjualan rokok elektronik atau vape di Perak

Katanya, kajian berkenaan termasuk menjurus kepada aspek kesihatan awam dan implikasi ekonomi kepada peniaga vape tempatan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak jalankan kajian mendalam cadangan larang jual vape

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI