Perak sedia bantu pesara tentera ceburi bidang keusahawanan

IPOH – Kerajaan Negeri Perak bersedia membantu dan memudahcara para pesara tentera yang berminat menceburi bidang keusahawanan selepas mereka tamat perkhidmatan masing-masing.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, untuk itu kerajaan negeri memperuntukkan RM20,000 bagi pesara-pesara tentera yang tamat menjalani Program Latihan Peralihan Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT).

Katanya, peruntukan itu disalurkan antaranya melibatkan bantuan untuk mendapatkan peralatan perniagaan seperti kerusi, meja atau barang-barang elektronik lain yang diperlukan.

Perak sedia bantu pesara tentera ceburi bidang keusahawanan kerajaan negeri Salbiah bantuan usahawan
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Perak, Datuk Salbiah Mohamed berucap pada Majlis Penyampaian Sijil Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 NOVEMBER 2024.

“Lazimnya kita beri bantuan kepada para usahawan tanpa mengetahui latar belakang pemohon. Namun untuk pesara tentera ini, kita tahu mereka telah menjalani latihan yang disediakan PERHEBAT.

“Oleh sebab itu saya memperuntukkan sejumlah nilai kepada mereka untuk mendapatkan bantuan-bantuan seperti bantuan peralatan untuk mula berniaga.

“Namun pada masa sama, kita juga membuka tawaran bantuan-bantuan lain melalui agensi sedia ada seperti Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) yang ada menyediakan bantuan geran usahawan setiap tahun,” katanya.

Perak sedia bantu pesara tentera ceburi bidang keusahawanan kerajaan negeri Salbiah bantuan usahawan
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Perak, Datuk Salbiah Mohamed menyampaikan Sijil Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) kepada penerima di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 NOVEMBER 2024.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyampaian Sijil PERHEBAT kepada 150 bakal pesara tentera di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, di sini, pada Selasa.

Hadir sama Pengarah Pengajian Keusahawanan PERHEBAT, Kamarul Zaman Khalid.

usahawan Perak sedia bantu pesara tentera ceburi bidang keusahawanan kerajaan negeri Salbiah bantuan
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Perak, Datuk Salbiah Mohamed hadir ke Majlis Penyampaian Sijil Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 NOVEMBER 2024.

Program Latihan Peralihan PERHEBAT yang dijalankan antara enam sehingga 18 bulan itu diwujudkan bagi membantu bakal pesara tentera memperoleh kerjaya kedua selepas tamat perkhidmatan.

Program berkenaan merangkumi tiga fasa iaitu Pra Latihan Peralihan, Latihan Peralihan dan Pasca Latihan Peralihan.

Mengulas lanjut Salbiah memberitahu, kerajaan negeri juga bersedia untuk membantu pesara tentera untuk mendapatkan latihan tambahan melalui agensi-agensi kerajaan sedia ada.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Perak, Datuk Salbiah Mohamed berucap pada Majlis Penyampaian Sijil Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 NOVEMBER 2024.

Beliau juga menyarankan agar mereka turut merebut pelbagai peluang pekerjaan menerusi projek pembangunan yang akan dilaksanakan di negeri ini.

Ia antaranya Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP), Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjung Malim serta Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC).

“Penyaluran bantuan akan memberi fokus kepada sektor agro makanan kerana ia amat berhubung kait dengan sekuriti makanan sebagaimana yang ditekankan dalam Pelan Perak Sejahtera 2030,” katanya lagi.

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Perak, Datuk Salbiah Mohamed menerima cenderahati pada Majlis Penyampaian Sijil Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) kepada penerima di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Perak, Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 19 NOVEMBER 2024.

Sementara itu, Kamarul Zaman dalam ucapannya berkata PERHEBAT sedang melaksanakan beberapa inisiatif melalui kolaborasi dengan pelbagai pihak.

Kata beliau, ia seperti menerusi Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET ATM), dana pembiayaan kewangan bersama Agrobank dan Program Usahawantani Putra-Perhebat dengan kerjasama Universiti Putra Malaysia (UPM).

“PERHEBAT sentiasa sensitif dan responsif terhadap pelbagai inisiatif dan peluang kerjaya yang sentiasa memenuhi kehendak pasaran.

“Oleh yang demikian, PERHEBAT sentiasa mengalu-alukan kerjasama daripada pelbagai pemain industri di negeri ini untuk sama-sama mewujudkan peluang yang akhirnya membawa kepada kesejahteraan bersama,” ujarnya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Perkasa dedah ilmu keusahawanan kepada pelajar IPT, belia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI