Perak sedia bantu tubuh kesatuan di tempat kerja

IPOH – Kerajaan Negeri Perak menggalakkan pekerja sektor swasta di negeri ini untuk menubuhkan kesatuan di tempat kerja masing-masing bagi memastikan wujud keharmonian dalam kalangan pekerja dan majikan.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional negeri, A. Sivanesan berkata, justeru kerajaan negeri bersedia untuk membantu usaha itu termasuk menyediakan bantuan kewangan yang diperlukan.

“Ketika ini kurang dari lapan peratus daripada 1.25 juta pekerja di Perak yang ada menyertai kesatuan sekerja.

“Justeru itu, kerajaan negeri mensasarkan sekurang-kurangnya 10 peratus pekerja sektor swasta menyertai kesatuan dalam tempoh tiga tahun,” katanya.

Perak bantu tubuh kesatuan sekerja ✅ Related Keyphrase: kesatuan sekerja sektor swasta, A Sivanesan Perak, pekerja Perak 2025, Akta Kesatuan Sekerja 1959, keharmonian industri Malaysia, bantuan kewangan penubuhan kesatuan
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A. Sivanesan pada sidang media berhubung situasi terkini kes pertussis atau batuk kokol di Negeri Perak ketika ditemui di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh, pada Selasa. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 22 JULAI 2025.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini, pada Selasa.

Sivanesan memberitahu, meskipun Akta Kesatuan Sekerja 1959 telah dipinda dengan menghapuskan sekatan ke atas pembentukan kesatuan, namun ramai majikan masih mempunyai persepsi negatif terhadap kewujudannya.

Jelas beliau, majikan perlu mengikis pandangan negatif terhadap usaha penubuhan kesatuan sekerja dan perlu meraikannya sebagai mekanisme untuk mengekalkan suasana harmoni di tempat kerja.

“Perak akan menjadi kerajaan negeri pertama di seluruh Malaysia di mana kita secara langsung akan melibatkan diri kita, daripada kerajaan sebagai wakil untuk membantu pekerja-pekerja menubuhkan kesatuan.

“Apa-apa isu berkenaan dengan penubuhan, apa-apa isu berkaitan dengan undang-undang, Akta Kesatuan Sekerja 1959 akan diuruskan oleh pejabat saya,” jelas beliau. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

100 pekerja kilang berpiket, kesal tindakan majikan

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI